FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Menyelenggara Pelan Tindakan Mengurangkan Kerosakan Harta Benda


 


 March 19th, 2023  |  08:09 AM  |   93 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menyentuh berkenaan dengan isu-isu kerosakan jalan raya yang menjadi masalah kepada pengguna-pengguna jalan raya, perkara itu bukan isu baharu malah menjadi isu besar kerana menyebabkan kerosakan harta benda dan menjejaskan keselamatan pengguna.

 

Sering berlaku jalan berlubang dan berlopak mengambil masa hampir lima hingga tujuh hari untuk diperbaiki, namun dalam tempoh berkenaan pengguna jalan raya terdedah dengan risiko bahaya dan kerosakan kenderaan seperti tayar pecah dan rim bengkok, dan lebih buruk lagi berlaku pada musim hujan.

 

Perkara itu digariskan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan ketika membincangkan perbekalan di bawah Kementerian Pembangunan pada hari ke-12 Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, petang tadi.

 

Yang Berhormat mempersoalkan apakah pihak-pihak berkenaan tidak mempunyai sistem pengurusan yang strategik bagi menangani perkara tersebut?

 

Yang Berhormat turut mencadangkan agar ditubuhkan bahagian pengurusan jalan yang bertindak sebagai 'task force' bagi menangani isu jalan rosak seperti memberi amaran awal kepada pengguna dengan meletakkan papan tanda atau 'cone'.

 

“Kedua, memperbaiki kerosakan secara sementara agar dapat diguna sebelum ianya diperbaiki oleh syarikat pemborong.

 

“Ketiga, beroperasi dan bertindak 24 jam berdasarkan aduan dan arahan pihak-pihak berkenaan dan yang terakhir, menyediakan laporan berkenaan dengan kerosakan jalan kepada pihak berkenaan," ujar Yang Berhormat lagi.

 

Menjawab mengenai perkara itu, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid menjelaskan mengenai kerosakan jalan raya yang menjadi masalah kepada para pengguna dan juga kerosakan harta benda yang diakibatkan daripada kerosakan jalan raya.

 

Yang Berhormat Menteri Pembangunan turut mengambil perhatian berat berkenaan dengan isu kerosakan permukaan jalan raya ini dan juga menjadi tumpuan utama Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menyelenggarakan dengan pelan tindakan dibuat secepatnya bagi mengurangkan risiko kerosakan harta benda pengguna apabila terjadinya kerosakan-kerosakan yang berlaku.

 

“Tidak dinafikan juga perkara ini ada kelemahannya seperti yang dapat dibangkitkan seperti kandungan 'intervention' dari Yang Berhormat tadi dan juga sebelum ini banyak aduan-aduan kitani terima melalui media sosial dan juga talian aduan Darussalam 123," ujar Yang Berhormat.

 

Ke arah itu terang Yang Berhormat , antara lain usaha yang dibuat oleh kementerian ialah untuk mempercepatkan kerja-kerja pembaikan untuk diselaraskan mengikut kemampuan peruntukan yang ada dalam sesuatu masa yang mana perkara ini diberi tumpuan untuk dibuat tindakan.

 

Antara tindakan-tindakan yang dibuat tambahnya lagi ialah menyediakan kontrak-kontrak penggal mengikut zon-zon berkenaan, menyediakan SOP tindakan pihak pengurusan jalan raya termasuklah juga tindakan segera apabila didapati ada kerosakan-kerosakan berlaku dan juga menerima mana-mana aduan mengenai jalan raya melalui talian Darussalam 123, media pengawasan jalan JKR dan sebagainya bagi mendapatkan 'info' secara menyeluruh dan segera.

 

“InsyaaAllah, abiskaola mengambil cadangan-cadangan yang disampaikan tadi itu dan juga beberapa idea yang baik yang disampaikan tadi dan abiskaola akan meneliti perkara ini bagi dapat mengurangkan bebanannya kepada orang ramai seperti yang disampaikan dalam kandungan soalan tadi," ujar Yang Berhormat lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07