FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tindakan Jangka Panjang Akan Diteliti


 


 March 19th, 2023  |  08:10 AM  |   125 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Adalah dicadangkan untuk pembinaan lebih banyak penahan kolam-kolam takungan banjir (flood reservoir) di kawasan-kawasan strategik di ulu Sungai Tutong, terutama cabang-cabang sungai di kawasan-kawasan tertentu yang menyumbang banjir besar kepada Sungai Tutong.

 

Yang mana antara kampung-kampung yang terlibat di Daerah Tutong ialah Kampung Keriam; Pekan Tutong; Kampung Bukit; Kampung Long Mayan; Kampung Rambai; Merimbun dan Kampung Benutan.

 

Dan selain daripada itu juga di kawasan Daerah Belait yang terlibat dengan banjir ialah Kampung Dungun; Kampung Rawai; Kampung Sukang; Kampung Bukit Sawat dan Kampung Sungai Mau.

 

Perkara itu dicadangkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, petang tadi.

 

Yang Berhormat juga mengemukakan persoalan berkenaan dengan tembok-tembok penghadang ombak bagi kawasan-kawasan pesisiran pantai yang melibatkan penempatan penduduk-penduduk kampung-kampung berkenaan, terutama sekali di kawasan Kampung Danau, Mukim Telisai dan juga Kampung Penabai, Kuala Tutong, Daerah Tutong dan di pesisiran pantai Jalan Maulana kawasan perumahan awam Daerah Belait.

 

Menurutnya, kebimbangan penduduk tentang keadaan tembok-tembok penghadang ombak yang ada sekarang tidak lagi mampu menahan kekuatan dan hakisan ombak terutama sekali pada musim tengkujuh, yang mana ada di antaranya kawasan tersebut mengalami keruntuhan dan kerosakan yang memerlukan pembaikan dan perhatian segera.

 

“Kaola ingin tahu apakah ada usaha-usaha jangka pendek dan rancangan jangka sederhana dan panjang pihak kerajaan mengambil kira bagi menaik taraf atau membina tembok-tembok penghadang ombak yang lebih kukuh dan selamat," soal Yang Berhormat lagi.

 

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid kemudiannya menjelaskan setelah mendengar daripada tempat-tempat yang disebutkan tadi dan difahami juga kawasan-kawasan mudah banjir di Daerah Tutong ini melibatkan kawasan tadahan yang sangat luas, dan ia setentunya memerlukan peruntukan yang amat besar untuk dibuat pengkajian dan juga tindakan-tindakan yang akan dirancang setelah kajian dibuat nanti.

 

“Jadi di sinilah 'stage'nya pegawai-pegawai di Jabatan Kerja Raya yang memikirkan perkara ini dan menduduki perkara ini sebagai melihat tindakan jangka panjang untuk menangani masalah-masalah banjir yang sering berlaku di kawasan-kawasan tersebut," ujar Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

 

Tambah Yang Berhormat, setelah perancangan dibuat dan permohonan peruntukan dihadapkan nanti, setelah mendapat peruntukan setentunya akan diagihkan untuk melaksanakan projek mitigasi banjir kawasan-kawasan tersebut dan sama juga di kawasan-kawasan yang lain di seluruh negara, Daerah Brunei Muara, Temburong dan Belait.

 

“Namun perkara ini setentunya akan memerlukan untuk dilaksanakan secara berfasa," ujar Yang Berhormat.

 

Menyentuh mengenai perancangan seterusnya untuk menangani masalah banjir di tadahan Sungai Tutong dan juga di kawasan yang terdedah dengan air pasang jelas Yang Berhormat akan juga dihadapkan dalam cadangan projek-projek ke arah menangani isu banjir tersebut dalam Rancangan Kemajuan Negara Ke-12.

 

Antaranya ujar Yang Berhormat, kerja-kerja mengorek sungai-sungai utama di Sungai Telamba, Sungai Pepekan, Sungai Danau, Sungai Kelakas dan mulut Sungai Tutong; saluran keluar kedua Sungai Tutong Fasa 1; projek melebarkan kolam tadahan Kuala Abang; skim pencegahan banjir di Pekan Tutong, Kampung Keriam dan Kampung Bukit Bendera; dan menaik taraf sistem saliran di kawasan Simpang 1039, Kampung Sinaut dan Kampung Batang Mitos.

 

“Inilah antara projek-projek yang telah diteliti dan cadangan seterusnya untuk membuat tindakan-tindakan mitigasi secara jangka panjang," ujar Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07