FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pembinaan Kolam Penahanan Banjir Bantu Menangani Masalah Banjir


 


 March 19th, 2023  |  08:12 AM  |   146 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Merujuk kepada Rang Undang-undang (2023) Perbekalan, sejumlah BND596 ribu dengan harga rancangan dan BND52.8 juta di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN) Ke-11 disediakan bagi menangani risiko bencana alam.

 

Sehubungan itu, menyentuh mengenai isu-isu banjir yang kerap berlaku di kawasan berisiko di Daerah Tutong, memang pada dasarnya keadaan banjir itu bukan isu baharu malahan sudah menjadi lumrah kepada kehidupan penduduk yang terlibat.

 

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan banjir berlaku, antaranya hujan lebat dan kenaikan paras air laut atau air pasang sehingga melihat kepada kesan negatif jangka panjang 'loss and damage' disebabkan oleh banjir, yang jika tidak ditekani dari sekarang, maka akan timbul antara kesan-kesan akibat banjir yang akan berlaku, iaitu nilaian hartanah akan jatuh; melambatkan semua bentuk kemajuan; merosakkan tanaman; menimbulkan kegelisahan dan ketakutan kepada penduduk apabila berlaku musim tengkujuh dan air pasang; dan penghijrahan penduduk ke tempat lain yang lebih selamat.

 

Perkara itu disuarakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub ketika membincangkan Rang Undang-undang (2023) Perbekalan 2023/2024 Kementerian Pembangunan petang tadi.

 

Perbincangan yang mengambil tempat di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis itu memasuki hari ke-12 Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi.

 

Dalam pada itu Yang Berhormat Awang Mohamad Danial mengusulkan pertanyaan tentang apakah perancangan jangka sederhana dan panjang pihak Kementerian Pembangunan bagi mengurangkan risiko banjir di Daerah Tutong?

 

Merespon pada persoalan itu, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid menjelaskan memang kawasan seperti yang disebutkan itu adalah 'flood prone area', kawasan yang mudah banjir, yang mana kawasan ini mempunyai topografi yang rendah dan sering terdedah dengan kenaikan paras air sungai.

 

Kawasan tersebut juga terang Yang Berhormat, diketahui sering dan akan masih mengalami banjir musim tengkujuh setelah menerima turunan hujan yang banyak sehingga menyebabkan air daripada sungai akan melimpah ke kawasan-kawasan yang rendah.

 

“Seperti Yang Berhormat jelaskan dalam cadangan dan soalan tadi, keadaan banjir ini jika tidak ditangani dengan baik akan menjejaskan kemajuan kawasan-kawasan termasuk juga perkara-perkara yang dibangkitkan tadi nilai rumah dan melambatkan kemajuan dan merosakkan tanaman dan sebagainya.

 

“Kaola mengambil pandangan yang sama dengan cadangan pembinaan kolam penahanan banjir kerana ia adalah satu kaedah yang mampu mengawal risiko banjir dengan lebih berkesan," jelas Yang Berhormat.

 

Tambahnya, bagi kawasan Daerah Tutong ini, kementerian telah melaksanakan kajian di beberapa tempat untuk menangani masalah banjir di kawasan tadahan Sungai Tutong.

 

Hasil daripada kajian tersebut kementerian telah melaksanakan beberapa projek mitigasi banjir dengan membina kolam penahanan banjir serta pembinaan sistem ban dan pam saliran melalui RKN-11 pada ketika ini.

 

“Pertama ialah pencegahan banjir di sebelah hulu Sungai Tutong, pencegahan banjir di sebelah hilir Sungai Tutong dan membina kolam penahanan banjir Daerah Tutong, Fasa 1," kata Yang Berhormat.

 

Hasil daripada kesiapan projek-projek tersebut ujar Yang Berhormat telah menunjukkan kesan positif di mana kejadian banjir sejak 2019 telah melihat kekurangan sehingga kini di kawasan-kawasan berkenaan.

 

Manakala terdapat dua buah kolam penahanan banjir masih lagi giat dibina di tapak berdekatan tadahan Sungai Padang dan Sungai Kiudang di bawah tajuk Projek Pembinaan Kolam Takungan Dalam Tadahan Sungai Tutong dan ini dijadualkan siap pada 2024, insyaaAllah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07