FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pembinaan Balai Cerap Astronomi Kebangsaan


 


 March 19th, 2023  |  08:13 AM  |   160 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid menjelaskan bahawa rancangan untuk membina Balai Cerap Astronomi Kebangsaan masih lagi diteruskan dan dibuat secara berfasa.

 

Kementerian Pembangunan juga mengambil perhatian akan kepentingan dan juga fungsi untuk mempunyai satu Balai Cerap Astronomi Kebangsaan agar tidak ketinggalan daripada negara-negara yang lain yang kebanyakannya telah pun mempunyai Balai Cerap Astronomi sebagai satu 'observatory' mereka sendiri untuk mempertingkatkan lagi ilmu dan pengetahuan mengenai perkara-perkara yang melibatkan astronomi ini, di mana dilihat perkara ini minat dan respons terutama sekali daripada belia dan penuntut ini semakin meningkat.

 

Yang Berhormat Menteri Pembangunan berkata demikian bagi menjawab persoalan yang diutarakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan mengenai perkembangan atau status pembinaan Balai Cerap Astronomi Kebangsaan pada hari ke-12 Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung petang tadi di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Pada masa ini terang Yang Berhormat, negara kita hanya mempunyai beberapa tempat-tempat melihat anak bulan bagi bulan-bulan Ramadan, Syawal, Zulhijah dan sebagainya akan tetapi tempat-tempat melihat anak bulan ini belum mempunyai infrastruktur dan fasiliti yang mencukupi untuk dijadikan sebagai Balai Cerap Astronomi.

 

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan beberapa aktiviti astronomi seperti 'sky watch' dibuat di beberapa tempat strategik yang bersesuaian agar dapat dihadiri dan diikuti juga oleh orang ramai termasuklah penuntut-penuntut daripada peringkat rendah untuk menyaksikan fenomena-fenomena yang tertentu di masa-masa yang tertentu seperti gerhana atau planet-planet yang menghampiri bumi.

 

Fasa awal ujar Yang Berhormat, mengenal pasti tapak telah pun dibuat dan pada masa ini kerja-kerja penyelidikan tanah (soil investigation) sedang dibuat bagi memastikan tempat-tempat tersebut boleh menempatkan dan menampung Balai Cerap Astronomi yang dirancang.

 

Fasa kedua pula tambah Yang Berhormat adalah untuk membuat kerja-kerja tanah seperti menembok yang mana akan dibincangkan bersama agensi-agensi yang berkaitan. Manakala, fasa ketiga nanti ialah untuk membuat kerja-kerja 'design and build' bagi bangunan Balai Cerap yang dimaksudkan.

 

Dengan adanya Balai Cerap ini nanti ujar Yang Berhormat, akan dapat menarik lebih banyak minat penuntut-penuntut dan individu-individu yang mempunyai kecenderungan untuk memahirkan diri dalam bidang astronomi dan ilmu Falak yang mana adalah satu bidang yang dikuasai oleh umat Islam sepanjang zaman dahulu kala lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07