FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kementerian Pembangunan Terima 55,448 Aduan Tahun 2022


 


 March 19th, 2023  |  08:18 AM  |   150 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid juga mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada masyarakat dan orang ramai yang telah menyalurkan maklumat dan aduan kepada Kementerian Pembangunan yang berkaitan dengan apa juga kesulitan, kekurangan dan kelemahan yang dihadapi.

 

Berucap semasa menyampaikan ucapan mukadimah pada hari ke-12 Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi berlangsung hari ini di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini, Yang Berhormat seterusnya berkata, aduan dan maklumat yang disampaikan adalah penting dan sangat mengalu-alukan peranan orang ramai yang membuat aduan sama ada melalui saluran Talian Darusalam (TD) 123 dan melalui saluran perhubungan yang lain termasuk media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan apa juga kaedah yang lain.

 

“Sehubungan dengan ini, kaola ingin mengongsikan di sepanjang tahun 2022, sebanyak 55,448 aduan telah diterima oleh Kementerian Pembangunan melalui TD 123," ujar Yang Berhormat lagi.

 

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, aduan tertinggi yang sering diterima adalah mengenai dengan gangguan bekalan air, iaitu sebanyak 34,743, iaitu 62 peratus (%) aduan daripada keseluruhan 55,448 aduan yang diterima oleh Kementerian Pembangunan.

 

Setakat ini ujar Yang Berhormat, 96.99% aduan telah diselesaikan, manakala 698 aduan atau 1.95% masih belum selesai.

 

Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Perkhidmatan Air telah merangka beberapa inisiatif bagi mengurangkan masalah bekalan air, iaitu kerja-kerja penggantian paip lama melalui projek OCAR/Rancangan Kemajuan Negara; menambah pemantauan dengan menambah frekuensi pengambilan contoh-contoh air di kawasan terjejas; setiap tangki-tangki air diurus diselenggarakan dan diperiksa supaya gangguan bekalan air boleh dicegah dan dikurangi; dan memastikan pembersihan dibuat secara berkala dan berjadual bagi tangki di seluruh Daerah Brunei Muara, Tutong, Temburong dan Belait bagi memastikan masalah air kekuningan atau berlumpur dapat dikawal dan dihindari.

 

“Aduan kedua tertinggi yang diterima kementerian ini ialah mengenai Jabatan Jalan Raya (JJR). Bagi tahun 2022, sebanyak 8,693 aduan. Daripada jumlah aduan ini, 69% aduan/permohonan yang diterima telah pun siap dibuat pembaikan oleh jabatan ini. Sementara itu, 31% masih belum diselesaikan," jelasnya lagi.

 

Antara aduan yang diterima oleh JJR menurut Yang Berhormat, adalah seperti aduan mengenai jalan rosak dan berlubang, lampu isyarat yang tidak berfungsi, pokok tumbang, longkang tersumbat, rumput panjang, air bertakung, jalan banjir, papan tanda / pagar besi 'guardrail' / 'grating' longkang / kalbat / 'manhole' rosak, garis jalan pudar, serta permohonan-permohonan bagi cermin keselamatan, bandul dan 'zebra crossing' untuk dipasang.

 

Sebagai contoh terang Yang Berhormat, bagi aduan kerosakan jalan, sebanyak 3,828 aduan / permohonan untuk membuat / memperbaiki jalan di JJR masih menunggu untuk ditutup / diselesaikan. Adalah diakui aduan yang diterima sebahagian besar ialah mengenai dengan jalan-jalan rosak dan berlubang, permohonan bagi meng'aspalth' jalan-jalan simpang, dan yang berkaitan dengannya adalah antara jumlah aduan yang tertinggi, namun kementerian tersebut akan mengusahakan untuk memperbaiki rangkaian jalan melalui peruntukan yang telah disediakan.

 

Selain itu jelas Yang Berhormat, JJR juga sering menerima aduan mengenai dengan kerosakan lampu isyarat, iaitu sebanyak 18% (2,794 aduan) terdiri daripada masalah mengenai lampu isyarat yang tidak berfungsi.

 

Bagi mengatasi perkara ini tekan Yang Berhormat, JJR berusaha menangani aduan yang diterima dengan segera bagi melancarkan aliran trafik terutamanya pada waktu-waktu puncak (peak hours) manakala bagi isu bekalan elektrik ke atas lampu isyarat, Kementerian Pembangunan akan berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri bagi menangani isu ini secara bersama.

 

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, Jabatan Saliran dan Pembetungan (JSP) menerima 3,023 aduan / 5.45%, aduan ketiga tertinggi diterima kementerian ini, dan aduan yang sering diterima jabatan ini adalah mengenai dengan masalah dan saliran pembetungan yang tersumbat dan rosak , di mana sebanyak 92 aduan yang masih belum diselesaikan manakala 2,765 aduan / 91.4% telah pun selesai dibuat pembaikan.

 

JSP tambah Yang Berhormat, telah mengambil beberapa inisiatif, iaitu tindakan bagi membaiki paip patah atau pecah dan membaiki / mengganti pam dan peralatan mekanikal dan elektrikal; tindakan memasang / mengganti pagar 'anti-theft' bagi stesen-stesen pam dan loji rawatan kumbahan; tindakan menaik taraf paip pembetungan utama dan kapasiti serta fasiliti stesen-stesen pam dan loji-loji rawatan kumbahan; dan mengemas kini keperluan dan spesifikasi reka bentuk dan pemeliharaan pembetungan mengikut 'best practice' dan keperluan terkini.

 

“Alhamdulillah, daripada jumlah keseluruhan aduan (55,448 aduan) yang diterima Kementerian Pembangunan bagi tahun 2022, setakat ini sebanyak 47,808 aduan, iaitu 86.22% berjaya diselesaikan dan 7,640 aduan / 13.78% aduan masih belum dapat untuk diselesaikan disebabkan oleh beberapa keterbatasan yang memerlukan masa untuk diselesaikan dan masih lagi ditangani dan diberikan perhatian sehingga kini.

 

“Koala mengambil keutamaan akan kepentingan aduan-aduan orang ramai ini, ia adalah salah satu tanda aras yang relevan bagi Kementerian Pembangunan untuk menilai dan memperbaiki mutu perkhidmatan abis koala dalam memastikan kemaslahatan orang ramai ditangani dan diberikan perhatian dan tindakan yang sebaik-baiknya," ujar Yang Berhormat lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07