FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ke Arah Pengurusan Sisa Pepejal Berdaya Tahan, Efektif


 


 March 19th, 2023  |  08:22 AM  |   114 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bagi memastikan kebersihan sungai terutama sekali Sungai Brunei, melalui kelulusan peruntukan pada Tahun Kewangan 2023/2024 Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) akan melaksanakan usaha pembersihan Sungai Brunei yang lebih efisien dan efektif dengan menggunakan kaedah dan teknologi yang terkini seperti bot 'skimmer', 'barge' dan penghadang sampah atau 'booms', termasuk kerja-kerja 'infra' seperti memasang perangkap sampah pada 'outlet' saliran bagi menggelakkan sampah-sampah dari darat masuk ke sungai.

 

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid semasa menyampaikan ucapan mukadimah pada hari ke-12 Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung hari ini di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Bagi menjamin kebersihan di darat pula jelas Yang Berhormat, pengurusan operasi dan pemeliharaan tempat-tempat pembuangan sampah juga diberi perhatian utama khususnya pengurusan stesen pindah sampah di Sungai Akar dan Tapak Pelupusan Sungai Paku.

 

Yang Berhormat seterusnya berkata, tapak Pelupusan Sungai Paku yang berkeluasan 104 hektar pada masa ini dan menerima 90 peratus daripada keseluruhan sampah yang dihasilkan negara ini, dijangka akan mencapai had kapasitinya pada tahun 2030.

 

Oleh itu tambah Yang Berhormat, ke arah pengurusan sisa pepejal yang lebih berdaya tahan dan lebih efektif, serta memerlukan kawasan tanah yang jauh lebih kecil, perancangan kementerian ini ialah untuk melaksanakan fasa awal bagi penyediaan dokumentasi Request For Proposal bagi pembinaan sebuah Loji Insinerator Waste-to-Energy yang berupaya untuk memproses 800 hingga 1,000 tan metrik sampah sehari dan pada masa yang sama boleh menjana tenaga elektrik.

 

Isu seperti masalah bau dan 'leachate' (air larut resap) kata Yang Berhormat, yang biasanya dikaitkan dengan kaedah 'landfilling' boleh dielakkan, dan dengan adanya pelaksanaan teknologi terkini pengurusan 'solid waste' ini, isu pencemaran seperti pelepasan gas daripada loji 'iniserator' juga boleh ditangani dengan sebaik-baiknya.

 

Kaedah ini juga dinilai menjamin pengurusan sampah yang lebih efisien dalam jangka masa 20 tahun ke depan.

 

Pengurusan dan pemeliharaan taman-taman di bawah jagaan pihak JASTRe juga menurut Yang Berhormat, diberi perhatian dalam peruntukan tahun ini. Ini termasuklah Taman Mahkota Jubli Emas yang mana telah diserahkan pengurusan pemeliharaan landskap kepada JASTRe bermula pada bulan November tahun 2022.

 

Peranan JASTRe tambah Yang Berhormat, ialah mengambil alih pemeliharaan landskap taman ini sahaja, dan Taman Mahkota Jubli Emas kekal di bawah bidang kuasa dan 'ownership' Lembaga Bandaran, Bandar Seri Begawan mengikut kuasa undang-undang sedia ada.

 

“Alhamdulillah keberkesanan usaha dalam mempromosikan kesedaran awam terhadap peri pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar, peningkatan dalam penglibatan orang ramai, agensi kerajaan dan sektor swasta secara sukarela kian meningkat. InsyaaAllah, kita mengharapkan usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran kebersihan akan diteruskan lagi," ujar yang Berhormat lagi.

 

Menyentuh mengenai industri pembinaan Yang Berhormat menyatakan, dalam melaksanakan peranan Kementerian Pembangunan selaku Peneraju bagi Manpower Industry Steering Committee (MISC) – bagi sektor pembinaan, sejak penubuhan jawatankuasa ini pada tahun 2020, beberapa program dengan sokongan padu dari institusi-institusi pengajian, agensi-agensi dan autoriti berkaitan telah dilaksanakan, untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan pencari pekerjaan dan graduan tempatan dengan lulusan disiplin yang relevan dalam industri pembinaan. Program-program ini bagi meningkatkan peluang pekerjaan tenaga kerja tempatan.

 

“Komiti ini telah mengenal pasti 11 Critical Occupations yang boleh diambil alih oleh anak-anak tempatan, iaitu jawatan Resident Technical Officer; Clerks of Works; Construction Site Representative; Draughtsperson atau Tukang Lukis; Penyelaras HSE; Pemandu Heavy Goods Vehicle kelas II dan 5; Tukang Kayu; Scaffolder bagi pembinaan; Juru-Elektrik Bangunan; Juruteknik Penghawa Dingin; dan Tukang Paip," ujar Yang Berhormat.

 

Dalam pada itu tekan Yang Berhormat, keperluan jawatan seperti Juruukur Bahan, Juruteknik dalam jurusan juruukur bahan, ejen dan penilai hartanah, Juruukur Tanah dan operator mesin juga dilihat dapat dibuat oleh graduan tempatan memandangkan masih terdapatnya kekurangan jawatan-jawatan ini yang dipegang oleh anak tempatan.

 

Dari penglibatan Kementerian Pembangunan jelas Yang Berhormat, melalui MISC, beberapa program telah dilaksanakan bersama yang antara lain termasuk bersama pihak swasta dalam mengungkayahkan program latihan kepada dua Cohort lepasan graduan dalam jurusan teknikal yang berdaftar dengan i-ready untuk mengikuti program Architect – Mechanical & Electrical – Civil & Structural (ARMECS). Program ini bertujuan untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan dalam bidang teknikal seperti Site Supervisors dan Resident Technical Officers.

 

Di samping itu juga, bersama Institute Brunei Technical Education (IBTE) di mana melalui program Dual Technical and Vocational Education Training, (TVET) – bagi level HNTEC dalam Construction and Draughting, seramai 199 pelajar dalam dua pengambilan telah mengikuti kursus tersebut bermula pada Julai 2021 dan Ogos 2022 bagi pengambilan kedua. Kursus tersebut dijalankan selama dua tahun di IBTE dan pelajar-pelajar dari pengambilan pertama akan menamatkan kursus pada Oktober / November 2023.

 

Selain itu, bersama pihak IBTE gabungan Manpower Industry Streering Committee & Energy telah mengemas kini modul IBTE IGC 03 Health Safety Security and Environment yang mana telah diluluskan dan diiktiraf oleh pihak BDANC sebanding dengan Institution of Occupation Safety and Health (IOSH) pada September 2021 ke arah pengisian sebahagian keperluan Workplace Safety & Health Coordinator.

 

HSE Competency Apprenticeship Programme (Pilot) juga jelas Yang Berhormat, telah dilancarkan pada 18 Jun 2022. Sejak diperkenalkan, program ini telah menerima kemasukan 80 peserta bagi tiga pengambilan (tiga Cohort) sehingga Januari 2023 yang terdiri daripada syarikat-syarikat sektor tenaga dan pembinaan.

 

Daripada 80 peserta ini menurut Yang Berhormat, 36 peserta mengambil kursus IOSH dan 44 peserta mengambil kursus National Exam Board in Occupational Safety and Health (NEBOSH), yang mana daripada tiga pengambilan ini, seramai 13 daripada 36 peserta telah selesai menjalani kursus IOSH dan empat daripada 44 peserta telah menamatkan Kursus NEBOSH sementara selebihnya masih menjalani kursus-kursus berkenaan.

 

“Program-program yang telah disediakan ini bertujuan bagi membolehkan pelatih-pelatih untuk memenuhi syarat keperluan WSH (Workplace Safety and Health Officers) Regulations 2014 S036 Cl.3 & Second Schedule bagi jawatan Workplace Safety & Health (WSH) Coordinator dan bagi memenuhi syarat keperluan WSH (Construction) Regulations 2014 S035 Cl.6 bagi jawatan WSH yang memenuhi keperluan SHENA bagi Work Place Safety and Health Order 2014. Inisiatif ini juga adalah bagi melengkapkan para peserta dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri pembinaan serta menjadikan mereka lebih 'marketable & employable' kepada pihak industri apabila peraturan dan undang-undang ini dikuatkuasakan sepenuhnya nanti," ujar Yang Berhormat lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07