FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil Sambut Ketibaan Ramadan


 


 March 19th, 2023  |  08:54 AM  |   139 views

KILANAS

 

Ahli Jawatankuasa Takmir (AJKT) Masjid Kampung Kilanas hari ini mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah Sekampung dan diselajurkan dengan Majlis Penyampaian Infaq 'Program Berbagi Rezeki' sempena menyambut bulan Ramadan tahun ini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, selaku Penaung I, AJKT Masjid Kampung Kilanas.

 

Pada majlis berkenaan, tetamu kehormat majlis menyampaikan sumbangan Program Berbagi Rezeki sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan bagi Tahun 1444 Hijrah/ 2023 Masihi kepada seramai 27 penerima terdiri daripada keluarga asnaf fakir miskin dari Kampung Kilanas.

 

Majlis membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah Sekampung serta Program Berbagi Rezeki untuk asnaf fakir miskin berkenaan adalah bersempena dengan bulan Ramadan dan ini merupakan aktiviti tahunan bagi Kampung Kilanas dalam sama-sama mengimarahkan masjid.

 

Pada tahun ini, jumlah AJKT, jemaah dan penduduk sekitar masjid Kampung Kilanas yang ikut serta dalam sama-sama menghulurkan bantuan dan sokongan serta infak / sedekah secara sukarela adalah sangat membanggakan dan ada peningkatan dari tahun-tahun yang lalu.

 

Ini menunjukkan bahawa keprihatinan dan kesedaran masyarakat terhadap golongan asnaf fakir miskin ini sangat ketara agar mereka itu tidak merasa tersisih atau diabaikan oleh masyarakat.

 

Adapun tujuan utama majlis berkenaan adalah untuk mengimarahkan masjid di samping mendoakan mantan-mantan AJKT yang telah kembali ke rahmatullah khususnya AJKT masjid, para penduduk Kampung Kilanas dan umat Islam amnya.

 

Turut hadir, Penaung II, Dato Paduka Haji Mohammad Rosli bin Haji Sabtu, Penasihat-penasihat serta AJKT Masjid Kampung Kilanas dan para jemputan khas Penghulu Mukim Kilanas dan Ketua-ketua Kampung di dalam Mukim Kilanas.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07