FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


JHES Giat Teliti Pemberian Sijil Penyembelihan


 


 March 19th, 2023  |  08:57 AM  |   307 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman berkata bahawa berdasarkan Akta Daging Halal Bab 5 (2) sebagaimana juga yang telah disebut dalam mesyuarat-mesyuarat yang lalu penyembelihan binatang-binatang bagi kegunaan orang ramai hendaklah mempunyai Sijil Penyembelihan dan sudut pelaksanaannya yang berjalan pada ketika ini, Sijil Penyembelihan hanya diberikan dan dikeluarkan kepada penyembelih di pusat-pusat penyembelihan.

 

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menjelaskan perkara tersebut bagi menjawab pertanyaan yang diajukan sebelumnya oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd Salam pada pada hari ke-12 Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis berhubung dengan penternakan secara kecil-kecilan yang melibatkan penyembelihan.

 

Terang Yang Berhormat, Jabatan Hal Ehwal Syariah (JHES) yang menerajui bahagian urusan pemakanan halal ini, sedang giat membuat penelitian mengenai pemberian Sijil Penyembelihan ini untuk dilaratkan pemberiannya kepada orang ramai dengan mengambil kira peraturan agensi-agensi berkaitan.

 

Ini, jelas Yang Berhormat termasuklah kesejahteraan, peraturan-peraturan dari segi pusat-pusat tersebut diiktiraf, bukan saja halalnya diiktiraf dari segi kesesuaiannya, kesihatannya dan sebagainya.

 

Dalam hubungan ini, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyatakan supaya perkara tersebut diambil serius dalam erti kata bukan untuk menghalang tetapi untuk menuju cara-cara yang bukan menyalahi peraturan-peraturan yang ada.

 

“Jadi eloklah perkara ini diambil tindakan lanjut bersama umpamanya pengusaha- pengusaha kecil yang berniat untuk diiktiraf sebagai penyembelih persendirian yang kecil, menemui Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk berunding.

 

“Jadi, akan diketahui berapa jumlah mereka yang terlibat dan perkiraan-perkiraan serta beberapa alternatif yang boleh dilakukan," ujar Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07