FacebookInstagramTwitterContact

 

Female Athletes PUSH BACK Against Transgender Inclusion In Women’s Sports           >>           4 Nutritious Foods That Can Help Lower Blood Pressure When SHTF           >>           Use Shea Butter To Moisturize Your Skin And Lighten Dark Spots           >>           Why Marketing Exec Bozoma Saint John Wants You To Be More Selfish In Every Aspect Of Your Life           >>           Every Time Taylor Swift Shook Off Eras Tour Malfunctions And Recovered Like A Pro           >>           Dad Baffled By Daughter's Homework So Difficult Math Graduates Can't Solve It           >>           'I Love Christmas So Covered Myself In Festive Tattoos – Now I Can Celebrate All Year'           >>           Uh-Oh: ICQ Is Shutting Down On June 26           >>           Spacex Raptor Engine Test Ends In A Fiery Explosion           >>           Mariners Seal Treble In A-League Men's Final Win Over Victory           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kurma Kurnia Jenis ‘Safawy’ Diagihkan


 


 March 20th, 2023  |  07:41 AM  |   137 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sejumlah 157.5 tan metrik buah kurma jenis 'Safawy' bakal dibahagikan kepada seluruh rakyat dan penduduk yang beragama Islam di seluruh negara, di mana setiap umat Islam yang menetap di negara ini akan menerima satu kotak kecil kurnia buah kurma yang mengandungi 300 gram tanpa mengira had umur dan taraf kerakyatan.

 

Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan 1444 Hijrah / 2023 Masihi diadakan pagi tadi di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), di ibu negara.

 

Pelancaran Majlis disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, selaku Pengerusi Jemaah Tadbir YSHHB.

 

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ke majlis tersebut dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar selaku Timbalan Pengerusi 1 Jemaah Tadbir YSHHB; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan ll selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB; dan Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku Pemangku Pengarah Urusan YSHHB.

 

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ketua Hakim Syar'ie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

 

Dalam sembah alu-aluan, Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan ll menyembahkan bahawa pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memasuki tahun ke-28, di mana sejak tahun 1995, pihak YSHHB diamanahkan untuk menguruskan pembahagian kurma berkenaan.

 

Sembah Yang Berhormat, sehingga kini kaedah pengagihannya telah pun dilaksanakan dengan sempurna dan teratur atas usaha Jabatan-Jabatan Daerah melalui Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan; Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Syarikat-Syarikat Swasta Yang Berdaftar.

 

Duli Yang Teramat Mulia kemudian berkenan mengurniakan sabda pada majlis tersebut.

 

Seterusnya DYTM berkenan menyempurnakan pengagihan buah-buah kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada wakil-wakil Pasukan Beruniform, Orang Awam, Penjawat Awam (Sektor Kerajaan), Pekerja Swasta dan persatuan-persatuan saudara baharu.

 

Pasukan beruniform diwakili oleh Pemerintah-Pemerintah Tentera serta Komandan ABDB dan Pengarah-Pengarah Jabatan PPDB.

 

Orang awam diwakili oleh Pegawai-Pegawai Daerah serta sebahagian Ketua-ketua Kampung dari keempat-empat Daerah.

 

Penjawat awam dan pekerja sektor swasta diwakili oleh Pengarah-Pengarah Jabatan Pengurusan, Pentadbiran dan Tenaga Manusia.

 

 Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Ketua Hakim Syar'ie.

 

Dengan sempurnanya Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah DYMM pada hari ini, maka bermulalah pembahagian buah kurma kurnia peribadi Kebawah DYMM sempena bulan Ramadan 1444 Hijrah / 2023 Masihi kepada seluruh rakyat dan penduduk yang beragama Islam di Negara Brunei Darussalam.

 

Pemerintah-Pemerintah dan Komandan-Komandan ABDB serta Pengarah-Pengarah Jabatan dan Pegawai-Pegawai Pemerintah PPDB akan mengagih-agihkan buah kurma kurnia peribadi ini kepada pegawai-pegawai dan kakitangan di bawah jabatan dan unit masing-masing.

 

Pegawai-Pegawai Daerah pula akan mengagih-agihkan buah kurma kurnia peribadi ini kepada semua Penghulu-Penghulu Mukim (yang memangku jawatan Ketua-Ketua Kampung) dan Ketua-Ketua Kampung dan seterusnya akan mengagih-agihkan buah kurma kurnia peribadi ini kepada anak-anak buah kampung di bawah jagaan mereka masing-masing.

 

Begitu juga bagi penjawat awam dan pekerja sektor swasta, pengagihan adalah melalui Kementerian, Jabatan dan syarikat masing-masing.

 

Pengurniaan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah DYMM ini mencerminkan sikap pemedulian dan kasih baginda.

 

Adalah wajar bagi seluruh rakyat dan penduduk di negara ini khususnya mereka yang beragama Islam untuk menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah DYMM atas kurnia baginda ini.

 

YSHHB sangat-sangat mengharapkan sokongan dan kerjasama padu daripada semua pihak dalam melancarkan urusan pengendalian pengagihan buah kurma kurnia peribadi sepertimana yang diharapkan supaya buah kurma kurnia peribadi ini akan diterima dengan baik dan sempurna dan seterusnya dinikmati oleh setiap orang yang beragama Islam di negara ini sebagai juadah berbuka puasa semasa bulan Ramadan nanti.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Race To Rescue Villagers Trapped After Deadly Landslide

 2024-05-26 00:18:23

Joy And Disbelief As Post Office Convictions Quashed

 2024-05-25 11:09:06