Home > Bahasa Melayu
Kempen Membersihkan Tanah Perkuburan Giat Dijalankan
March 20th, 2023 | 07:53 AM | 128 views
WASAN
Menjelang kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi, lebih 100 penduduk dari Kampung Wasan dan Batang Perhentian, hari ini, menganjurkan Kempen Membersihkan Tanah Perkuburan di Tanah Perkuburan Islam Luagan, Bukit Lekang dan Rangau, di sini.
Turut menyertai kempen tersebut ialah Pemangku Ketua Kampung Panchor Murai dan Wasan, Awang Haji Ismail bin Haji Jumaat.
Antara tujuan utama kempen ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim dan usaha kerjasama bersepadu di antara pihak dengan penduduk setempat dan sekali gus menggalakkan lagi hubungan erat dan ukhuwah Islamiah khususnya dalam kalangan penduduk.
Selain itu, ia juga bagi menanamkan semangat bergotong-royong melakukan kerja-kerja berkebajikan dalam kalangan penduduk-penduduk kampung, belia-belia serta orang awam bagi sama-sama menjaga kebersihan dan keselesaan pengunjung.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]