FacebookInstagramTwitterContact

 

Charity Event Collection Presentation           >>           National Adau Gayoh Festival Appreciation Ceremony           >>           Korean-Brunei Art Exhibition           >>           Ops Tupai           >>           Convocation Ceremony           >>           Intending Pilgrims Activities           >>           Arrival of Second Intending Pilgrims           >>           Third Flight of Intending Haj Pilgrims Leave for Holy Land           >>           Congratulatory Messages           >>           His Majesty Unscheduled Visit to Ministry of Health           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Operasi Jackal Berjaya Rampas Lebih 1kg Syabu


 


 March 20th, 2023  |  08:09 AM  |   170 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Biro Kawalan Narkotik (BKN) telah menjalankan Operasi Jackal pada 1 hingga 19 Mac 2023 di empat lokasi yang berlainan dengan menyasarkan kepada salah seorang pembekal dadah utama di Daerah Brunei dan Muara.

 

Operasi ini telah berjaya menahan enam orang warga tempatan terdiri dari empat lelaki dan dua perempuan dalam lingkungan umur 21 hingga 48 tahun.

 

Hasil daripada siasatan yang dijalankan, beberapa orang tangkapan merupakan orang suruhan kepada dalang utama dan mempunyai peranan yang berlainan.

 

Taktik dalang utama adalah dengan menggunakan pihak ketiga untuk menyeludup dadah masuk ke Negara Brunei Darussalam, menyimpan bekalan dadah dan wang hasil dari kegiatan pengedaran dadah.

 

Taktik ini bertujuan untuk mengelirukan pihak berkuasa dan mengelakkan dari dikesan.

 

Manakala, seorang lagi tangkapan merupakan pengedar dadah tegar yang pernah menjalani hukuman penjara selama 21 tahun. Namun ia tidak menghalang beliau untuk terus bergiat dalam aktiviti pengedaran dadah.

 

Siasatan juga membongkar tempat penyembunyian bekalan dadah iaitu di dalam satu bekas tin biskut jenama Funmix yang disembunyikan di kawasan semak dalam hutan di luar kawasan rumah salah seorang tangkapan di Kampung Buang Sakar, Mukim Lumapas.

 

Secara keseluruhan, Operasi Jackal telah merampas 1.078 kilogram syabu dan 182.63 gram ganja.

 

Dadah syabu yang dirampas dianggarkan bernilai lebih dari BND200,000 dan boleh menampung kira-kira 10,748 penagih dadah.

 

Turut dirampas ialah wang tunai berjumlah BND19,032, SGD67.00 dan RM1,228.00 disyaki hasil daripada aktiviti pengedaran dadah dan barang-barang kemas dengan berat keseluruhan sebanyak 94 gram.

 

Operasi Jackal ini juga merupakan hasil pertukaran maklumat perisikan dan kerjasama antara BKN dan agensi sejawat di negara jiran yang mana dalang utama juga mempunyai kaitan dengan kes tangkapan dadah di persempadanan Negara Brunei Darussalam dan Malaysia yang telah tular di media sosial sebelum ini.

 

Dalang utama merupakan seorang warga tempatan yang bukan sahaja mempunyai rangkaian pengedaran dadah, tetapi turut bersekongkol dengan sindiket-sindiket lain dalam menjalankan kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang seperti permainan judi secara dalam talian dan penyeludupan barang-barang tegahan.

 

BKN masih lagi menjalankan siasatan ke atas tangkapan-tangkapan operasi ini dan akan terus mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memberkas dalang utama Operasi Jackal.

 

BKN juga ingin memohon bantuan kerjasama orang ramai untuk menjejaki Mohammad Mahadi bin Haji Suhaili, Nombor Kad Pengenalan 00-269934 berhubung kes ini.

 

BKN ingin mengingatkan kepada orang ramai yang operasi-operasi bertujuan untuk melumpuhkan rangkaian pengedaran dadah akan terus dilaksanakan bagi melindungi masyarakat dan penduduk negara ini dari pelbagai ancaman keselamatan yang timbul dari kegiatan jenayah termasuk jenayah dadah.

 

Di kesempatan ini juga, BKN ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada agensi perisikan keselamatan di negara ini atas bantuan dan kerjasama yang diberikan ke arah menjayakan operasi ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Race To Rescue Villagers Trapped After Deadly Landslide

 2024-05-26 00:18:23

Joy And Disbelief As Post Office Convictions Quashed

 2024-05-25 11:09:06