FacebookInstagramTwitterContact

 

Reminders on Neglected Patients           >>           The Matters of Neglected Patients           >>           Misinformation           >>           Complaints from the Public           >>           Every Expenditure to Be Managed Prudently           >>           Visit to Ministry of Health           >>           Female Athletes PUSH BACK Against Transgender Inclusion In Women’s Sports           >>           4 Nutritious Foods That Can Help Lower Blood Pressure When SHTF           >>           Use Shea Butter To Moisturize Your Skin And Lighten Dark Spots           >>           Why Marketing Exec Bozoma Saint John Wants You To Be More Selfish In Every Aspect Of Your Life           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


149 Peserta Sertai Majlis Khatam Al-Quran


 


 March 20th, 2023  |  08:20 AM  |   123 views

MADANG

 

Seramai 149 peserta telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran Kelas Lanjutan Atas 'IQRA' bertempat di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis / Madang, di sini.

 

Sementara itu, seramai 92 peserta turut menerima Sijil Pra-Diploma Sekolah Membaca Al-Quran 'IQRA' pada acara tersebut.

 

Hadir selaku tetamu kehormat seterusnya menyampaikan sijil kepada para peserta ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Syariah, Jabatan Hal Ehwal Ugama Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Suhaimi bin Haji Gemok.

 

Juga hadir selaku tetamu khas ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh tetamu kehormat diikuti dengan bacaan ayat-ayat lazim daripada peserta-peserta Khatam.

 

Majlis diteruskan dengan bacaan Takhtim diketuai oleh salah seorang peserta Khatam, Awang Muhammad Rayyan Izz Aqiel bin Muhammad Alizam diikuti dengan bacaan Doa Khatam Al-Quran, Awang Muhammad Wafiq Izzuddin bin Mohammad Haza.

 

Acara kemudiannya diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Khatam Al-Quran dan Sijil Pra-Diploma.

 

Dengan adanya majlis seumpama ini, ia adalah bersesuaian dengan visi dan misinya, iaitu visi untuk menyatukan pembaca-pembaca Al-Quran untuk mempelajari dan mengajar (kitab suci tersebut), di samping mengembang luas serta meningkatkan pengetahuan dalam pembacaan serta penghafazan Al-Quran dengan penuh komitmen.

 

Manakala misinya pula untuk menjadikan 'IQRA' sebagai pusat membaca Al-Quran selaku tambang perpaduan di dalam dan luar negeri juga untuk memberi ruang kerja-kerja amal berpandukan nilai-nilai Al-Quran serta adat resam dan budaya Negara Brunei Darussalam serta memperbaiki mutu tahap kehidupan secara aman dan berhemat melalui pendidikan Islam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Race To Rescue Villagers Trapped After Deadly Landslide

 2024-05-26 00:18:23

Joy And Disbelief As Post Office Convictions Quashed

 2024-05-25 11:09:06