FacebookInstagramTwitterContact

 

Joint Operation           >>           Fuel Stations Temporary Closure           >>           Pitcher Plant Conservation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           SEAMEO Centres Policy Research Network Summit Closing Ceremony           >>           Sainsbury's Says Almost Everyone Now Shops In Store           >>           Hersh Goldberg-Polin: Gaza Hostage's Parents Urge Him To 'Stay Strong' After New Video           >>           UNISSA Sinaut Campus Hari Raya Celebration           >>           Europe At Risk Of Dying Faces Big Decisions – Macron           >>           Harvey Weinstein's 2020 Rape Conviction Overturned In New York           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Festival Korea Kukuhkan Persahabatan Dua Negara


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (kanan) semasa mengambil kesempatan untuk mencuba seni tulisan Korea. |FOTO: PELITA BRUNEI ( Muhammad Asri Haji Awang Abas )

 


 October 22nd, 2016  |  10:32 AM  |   871 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jumaat, 21 Oktober. - Pelbagai sudut kebudayaan dan tradisional Republik Korea dapat disaksikan semasa berlangsungnya Festival Korea di Times Square Shopping Centre, di sini.

 

Festival Korea dilancarkan bersama oleh tetamu kehormat majlis, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Cho Won Myung dan Pengurus Am Times Square, Dayang Amal Majidah binti Haji Suhaili.

 

Ketika berucap pada majlis itu, Tuan Yang Terutama Cho Won Myung menjelaskan Kedutaan Republik Korea telah menjadi tuan rumah bagi pelbagai acara pada tahun ini dan menjangkakan acara-acara seumpama ini akan dapat membantu memudahkan pertukaran kebudayaan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea.

 

Tuan Yang Terutama seterusnya berkata festival-festival seumpama ini akan membawa pada peningkatan kesefahaman di antara kedua-dua negara dan dengan itu mengukuhkan lagi persahabatan di antara rakyat Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea.

 

211016 ASRI5 KOREA

YANG Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (kanan) menerima cenderahati daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Cho Won Myung (kiri).

 

Festival dimeriahkan dengan persembahan lukisan pasir (Sand Art) oleh Sean Chai yang menghasilkan lukisan indah mengambarkan persahabatan di antara kedua-dua buah negara.

 

Atrium Times Square bertambah meriah dengan sorakkan orang ramai yang terpukau dengan persembahan seni mempertahankan diri, taekwando oleh kumpulan yang dikenali antarabangsa dari Korea, K-Tigers yang menggabungkan gerak langkah teakwando, tarian dan nyanyian K-Pop.

 

Salah satu acara kemuncak semasa festival tersebut ialah cabutan bertuah, di mana empat pengunjung bertuah berpeluang untuk memenangi tiket ke Seoul, Korea.

 

Festival selama tiga hari yang bermula hari ini hingga 23 Oktober itu nanti juga diselitkan dengan demonstrasi memasak dan solekan, permainan tradisional Korea, persembahan tarian K-Pop oleh Kelab Budaya Korea (Korea Culture Club - KCC) dan pertandingan memakan makanan Korea serta kuiz.

 

Buat kali ketiga diadakan sejak tahun 2014, festival yang dianjurkan bersama oleh Kedutaan Republik Korea, Times Square Shopping Centre dan Korea Foundation melambangkan salah satu contoh kerjasama yang baik di antara sektor kerajaan dan bukan kerajaan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea dengan berkongsi matlamat yang sama.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hezlinawati Haji Abdul Karim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

Sainsbury's Says Almost Everyone Now Shops In Store

 2024-04-26 02:05:05