FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pembangunan Belia Perlu dipersiapkan Dengan Kompetensi


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menyampaikan ucapan nasihat kepada Peserta SSEAYP Ke-43, 2016. |FOTO: PELITA BRUNEI (Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali )

 


 October 22nd, 2016  |  10:39 AM  |   823 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jumaat, 21 Oktober. - Pembangunan belia selaku generasi pewaris dan penerus perlu dipersiapkan dengan kompetensi diri yang tinggi kerana ia adalah penting untuk membela kemampuan daya fikir berteraskan ilmu dan kemahiran semasa.

 

Justeru itu, golongan belia perlu dipersiapkan dari segi mental, fizikal dan spiritual bagi memastikan keupayaan mengekalkan pencapaian juga kemakmuran negara serta sentiasa berusaha untuk membangunkan negara.

 

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menekankan demikian pada Majlis Penyerahan Bendera Kebangsaan bagi Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) Ke-43, 2016 di Bilik VIP, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.

 

Katanya, rangka kerja pembangunan belia negara adalah untuk memberi penumpuan pada aspek menyerlahkan potensi belia, sementara dalam pembangunan belia pula, perkara utama ialah penerusan dan kesinambungan program serta proses pembentukan yang memberikan manfaat kepada golongan belia.

 

Menyentuh soal belia, Yang Berhormat menjelaskan, perencanaan panjang Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan pelaburan yang tinggi adalah dengan sasaran penghujungnya untuk mewujudkan belia Brunei yang cemerlang.

 

''Sehubungan itu, wawasan tersebut mustahak digalas, diisi dengan projek dan program yang berimpak tinggi dan pada waktunya oleh semua institusi belia di dalam dan di luar kerajaan,'' tegasnya.

 

Maka kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melihat kolaborasi tersebut menurutnya penting supaya program pembangunan belia berada di landasan yang betul dan ini termasuk menilai semula keberkesanan program yang telah dilaksanakan dan menambah baik program yang akan datang.

 

Oleh yang demikian, Yang Berhormat mengingatkan para peserta supaya manfaatkan program itu dengan sebaiknya melalui interaksi konstruktif dan kritis serta mengambil iktibar pada amalan-amalan yang baik dari sepuluh negara sahabat untuk dibawa pulang.

 

''Tunjukkan dan perkasakanlah identiti tulen orang Brunei yang berpegang teguh dengan konsep Melayu Islam Beraja itu dalam kegiatan harian program,'' ujarnya.

 

Dalam pada itu, tambah Yang Berhormat, negara Jepun juga wajar diberi pujian dan sanjungan kerana dapat mencipta program terkemuka ini.

 

Melalui program itu, negara jepun banyak membantu dengan usaha mempersiapkan belia-belia di masa hadapan secara kolaboratif, yang mana dalam konteks ASEAN sangat diperlukan.

 

Program usaha sama itu telah dimanfaatkan oleh belia-belia ASEAN yang memberi keriangan pada mereka juga menjadi pengikat hubungan harmoni di dalam melayari masa depan apabila mereka berada di persada kejayaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19