FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kejohanan Golf Antara Aktiviti Sambutan Hari Guru


TURUT menyertai Kejohanan Golf Terima Kasih Cikgu sempena Sambutan Hari Guru Ke-26 yang diadakan selama dua hari bermula pada 21 Oktober 2016 di Kelab Golf Penerbangan Diraja Brunei, Berakas ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (berdiri, sepuluh dari kanan); Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (berdiri, tujuh dari kanan) dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (berdiri, lapan dari kiri). |FOTO : PELITA BRUNEI (Haji Ariffin Mohd. Noor)

 


 October 22nd, 2016  |  10:41 AM  |   1460 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jumaat, 21 Oktober. - Seramai 39 peserta beradu tenaga untuk memenangi enam kategori masing-masing yang dipertandingkan pada Kejohanan Golf Terima Kasih Cikgu berlangsung di Kelab Golf Penerbangan Diraja Brunei, di sini.

 

Menyertai Kategori VIP antaranya Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

Perlawanan dua hari itu juga mempertandingkan kategori lain, iaitu Jemputan dan Penaja, Senior (66 tahun ke atas), Divisyen A (handicap 0 - 10), Divisyen B (handicap 11 - 18) dan Divisyen C (handicap 19 - 24).

 

Para peserta yang bertanding termasuk warga Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama yang sedang dan pernah berkhidmat serta telah bersara dari kedua-dua kementerian berkenaan.

 

Kejohanan itu selain memeriahkan Sambutan Hari Guru tahun ini, ia juga diharap mengukuhkan lagi jalinan ukhwah sesama mereka masing-masing.

 

Perlawanan diteruskan pada Ahad ini dan seterusnya penyampaian hadiah kepada para pemenang kejohanan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19