FacebookInstagramTwitterContact

 

Conversion Ceremony           >>           Interior Decoration with Local Motif           >>           Spending Wealth in the Way of Allah Subhanahu Wata'ala           >>           Qiyamullail and 'Pejuang Fajr' Programme           >>           Kaitlyn Bristowe Says She's Working Through "Held On Anger" Amid Ex Jason Tartick's New Romance           >>           Jenelle Evans Shares Update On Her Kids After Breakup From “Emotionally Abusive” David Eason           >>           NASA Delays Landing Of Boeing's 1st Starliner Astronaut Mission To June 22           >>           So Long, Jabra Earbuds, It's Not Your Fault           >>           Picsart And Getty Are Making An AI Image Generator Entirely Trained On Licensed Content           >>           Sophia Dunkley Earns England Recall For New Zealand Odis           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ke Arah Menjamin Keselamatan Jalan Raya Di NBD


 


 March 27th, 2023  |  07:23 AM  |   121 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha memaklumkan bahawa salah satu bidang kuasa Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) adalah yang menunduki mengenai sistem jalan raya ialah Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya Brunei (MKKJR).

 

Di antara peranan MKKJR tambahnya, adalah untuk menilai dari segi aspek keselamatan atau 'risk' sesuatu sistem atau rangkaian jalan raya untuk mengelakkan dari kemalangan.

 

Yang Berhormat mengulas mengenai perkara itu ketika menjawab pernyataan yang disampaikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan pada hari ke-16 persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung pagi tadi di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini berkenaan sistem jalan yang sedia ada di Pekan Tutong.

 

Menurut Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, melalui Kumpulan Tindakan Teknikal dan Infrastruktur, ada dari semasa ke semasa membuat lawatan ke kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti mengakibatkan kemalangan, itu adalah salah satu tindakan mengenainya.

 

Berhubung dengan 'urban planning' mengenai Pekan Tutong dengan 'road network' pula jelasnya, itu adalah lebih menjurus kepada peranan Perancangan Bandar Dan Desa, termasuk juga Kementerian Pembangunan di bawah Jabatan Kerja Raya.

 

“Dalam hal ini juga, boleh kaola kongsikan bahawa di bawah MKKJR melalui Jawatankuasa Kumpulan Teknikal Dan Infrastruktur ini juga sedang memikirkan untuk mewujudkan piawaian mengenai 'road safety' atau 'road standard' untuk diperkenalkan untuk menjamin keselamatan jalan raya di Negara Brunei Darussalam. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi berhubung dengan rangkaian jalan raya yang di Pekan Tutong," ujar Yang Berhormat Dato.

 

Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi juga menjawab berhubung perancangan pihak kerajaan ke arah menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah, GLC's tempatan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Awang Abdul Aziz.

Menurut Yang Berhormat Dato, antara peranan Kementerian melalui Jabatan Penerbangan Awam adalah untuk memudah cara bagi apa juga syarikat-syarikat yang ingin memperkenalkan perkhidmatan di Negara Brunei Darussalam melalui lapangan terbang antarabangsa.

 

“Mengenai dengan cadangan untuk memperkenalkan 'low cost airlines' di Negara Brunei Darussalam. Jabatan penerbangan Awam sentiasa bersedia untuk menjadi pemudah cara tetapi mengenai ekonominya dan fasilitinya, tertakluklah kepada mana-mana syarikat yang mencadangkannya. Bukanlah peranan Jabatan Penerbangan Awam untuk mewujudkan suasana yang membolehkannya," terang Yang Berhormat lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

India Brings Back Bodies Of 45 Workers From Kuwait

 2024-06-15 00:37:12

Mouse Jigglers Pretending To Work Fired By Bank

 2024-06-15 00:19:02