Home > Bahasa Melayu
Pertubuhan WARGAMAS Anjur Program Tadarus
March 28th, 2023 | 07:16 AM | 97 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pelbagai acara-acara keagamaan dijalankan di sepanjang bulan Ramadan ini bagi meraih pahala yang berlipat ganda jika dibandingkan dengan hari-hari biasa.
Sehubungan itu, Pertubuhan WARGAMAS juga tidak ketinggalan untuk mengadakan Program Tadarus Al-Quran di bangunan Ibu Pejabat Baharu, Berakas bagi seramai 96 orang ahli-ahlinya.
Hadir selaku tetamu khas majlis ialah Penasihat Pertubuhan WARGAMAS, Dato Seri Setia Awang Haji Metussin bin Haji Baki dan isteri.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Asma Ul-Husna beramai-ramai, diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah.
Kemudian, majlis mempersembahkan bacaan ayat suci Al-Quran dan seterusnya penyampaian ucapan alu-aluan dari Yang Di-Pertua Pertubuhan WARGAMAS, Awang Haji Abu Bakar bin Haji Md. Don selaku Pengerusi Majlis.
Majlis tersebut juga diserikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Dekan Fakulti Syariah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Haji Noralizam bin Haji Aliakbar.
Ibu Pejabat Pertubuhan WARGAMAS telah dibuka rasmi pada 1 April 2022 dan kini mempunyai keahlian seramai 980 orang di seluruh negara.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]