FacebookInstagramTwitterContact

 

Airline To 'Better Manage' Flights With AI Use           >>           Taylor Swift And Olympics Scams Fuelling Fraud           >>           Inflation Rate Falls To Lowest In Almost Three Years           >>           UK Watchdog Looking Into Microsoft AI Taking Screenshots           >>           An Evidence-Based Guide To Brain Foods That Improve Memory And Focus           >>           Scientists Look At The Anti-Diabetes Potential Of Rhaponticum Acaule Essential Oil           >>           Stand Up Every Now And Then: Sitting In Front Of A Desk For Hours On End Increases Your Risk Of Type 2 Diabetes           >>           Dream Chaser Space Plane Arrives In Florida Ahead Of 1st Launch To ISS (Photo)           >>           Sonos Ace Headphones Hands-On: Joining Your Home Theater Setup With The Push Of A Button           >>           Microsoft teams up with Khan Academy to make the Khanmigo AI teaching assistant free           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


MWNBD Kukuhkan Ukhuwah Melalui Bertadarus


 


 March 28th, 2023  |  07:18 AM  |   112 views

JERUDONG

 

Bagi mendekatkan diri dengan Al-Quran dan menyemarakkan lagi bulan suci Ramadan, Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD) meneruskan lagi Majlis Tadarus bagi ahli-ahlinya dan kali ini diadakan di kediaman Naib Yang Dipertua II, MWNBD, Datin Hajah Masni binti Haji Mohd. Ali di Kampung Jerudong.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Selawat Tafrijiyyah diikuti dengan doa memulakan membaca Al-Quran beramai-ramai dan seterusnya bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Naib Yang Dipertua II MWNBD, Datin Hajah Masni disusuli dengan bacaan Tadarus oleh ahli-ahli.

 

Majlis juga diselajurkan dengan bacaan Tahlil dan Doa Tahlil yang dipimpin oleh Dayang Fatimah binti Abdul Ghani manakala bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Dayang Norsinah binti Haji Hidup.

 

Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam pula dipimpin oleh Pengiran Hajah Rokiah binti Pengiran Haji Bakar.

 

Semasa berucap pada majlis tersebut, Datin Hajah Masni antara lain berkata, melalui aktiviti berkenaan, ia memberi peluang keemasan sebagai 'host' secara perseorangan atau 'host bersama' dalam persatuan untuk bersedekah dan mendapat pelbagai keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda di bulan Ramadan ini dan untuk berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan yang akan menambah rezeki kurnia Allah Subhanahu Wata'ala bersama ahli-ahli persatuan.

 

Aktiviti ini tambahnya, juga mendedahkan kepada budaya berkongsi berkhidmat untuk masyarakat dan agama dan memantapkan sifat-sifat jati diri, sayang-menyayangi semangat bersatu padu demi mengukuhkan ukhuwah melalui kegiatan.

 

Lebih 60 ahli dari 13 buah persatuan menghadiri majlis tersebut terdiri daripada Persatuan Pertiwi; Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI); Badan Kebajikan Isteri Pegawai-pegawai Kerajaan; Pegawai-pegawai dan kakitangan Wanita Kerajaan Brunei (BISTARI); Persatuan Kebajikan Perempuan Daerah Belait (PKP); Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD); Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) dan Persatuan Kebajikan Gabongan Wanita Daerah Tutong (PERGANITA).

 

Juga hadir, ahli-ahli daripada Badan Kebajikan Wanita Perumahan Negara Lambak Kanan (BAKANITA); Persatuan Siswazah Wanita (PSW); Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL); Persatuan Wanita Kampung Junjungan (PEWAJA); Persatuan Nurul Islam (PNI) dan Badan Kebajikan Isteri-isteri Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (BAKTI).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Airline To 'Better Manage' Flights With AI Use

 2024-05-22 23:58:05