FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Usaha Tingkat, Memperbaiki Mutu Perkhidmatan Agama


 


 March 28th, 2023  |  07:56 AM  |   133 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam hal ehwal perkhidmatan keagamaan, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan terima kasih dan berbesar hati mendapat input, masukan-masukan yang berguna untuk Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) semak dan teliti lebih lanjut dalam usaha memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan agama.

 

Terdapat saranan-saranan khasnya berkenaan keperluan melihati keperluan menjayakan pendidikan agama, keberkesanannya iaitu persediaan meningkatkan dalam jangka panjang dan memenuhi keperluan dalam corak pendidikan masa hadapan.

 

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyatakan perkara tersebut semasa menyampaikan ucapan penangguhan pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN), di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Menurut Yang Berhormat, dalam ehwal zakat ialah juga meneruskan usaha-usaha memaju dan meningkatkannya tidak sahaja kaedah-kaedah kutipannya, bahkan juga kaedah-kaedah pengagihannya sambil pengurusannya diperbaiki dan pengurusan wakaf juga adalah telah disentuh dalam perbahasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang dilantik.

 

Dalam Ehwal Masjid pula, tambah Yang Berhormat, tidak setakat untuk mempercepatkan pelaksanaan rancangan-rancangan pembinaannya, bahkan ialah usaha untuk menambah cara dan corak pentadbirannya dengan penglibatan jemaah yang lebih ramai terutama sekali dari kalangan belia dan Muslimah, penglibatan untuk mentakmirkannya.

 

“Demikian juga dalam Hal Ehwal Syariah, bermula dengan isu-isu berhubung dengan pelaksanaan jaminan permakanan halal, membawa kepada perundangan Islam terutama sekali berkaitan dengan perkahwinan dan perceraian dan seterusnya kes-kes yang disabitkan.

 

“Seterusnya dalam bidang dakwah, Dewan juga mendengar tentang kebajikan saudara-saudara baharu hendaklah diperhatikan pengukuhan akidah dan amalan keagamaan mereka, hendaklah juga dijaga dan hal ehwal dakwah pada umumnya disarankan untuk lebih berkesan," ujar Yang Berhormat lagi.

 

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama berharap akan ada susulannya dari semasa ke semasa, di mana KHEU adalah terbuka untuk mengadakan pertemuan-pertemuan dengan Yang Berhormat Ahli-ahli Yang Dilantik.

 

Pihak KHEU akan benar-benar menepati makna kepada pendekatan Whole of Nation dengan kalangan-kalangan orang ramai yang berkepentingan akan turut dilibatkan dalam ehwal memberkesankan perkhidmatan keugamaan yang kerajaan berpemerintahan beraja negara kita, telah terus menerus mendukungnya dengan menyediakan peruntukan belanjawan tahunan yang besar jumlahnya.

 

Dalam hubungan ini, Yang Berhormat sangat menjunjung kasih dan menjunjung tinggi kepimpinan yang berwibawa, bijaksana, lagi berwawasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu raja dan ulil amri kita dalam bernegara dan berpemerintahan serta berkerajaan.

 

Yang Berhormat juga mengetengahkan mengenai penubuhan semula MMN yang ada ini ialah untuk memenuhi hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia seperti yang baginda nyatakan dalam titah pembukaan dan Perasmian Mesyuarat Yang Pertama pada 25 September, 2004 itu.

 

“Kaola petik dengan izin, “bahawa beta berhasrat untuk mewujudkan struktur perundingan yang lebih formal iaitu dengan mengadakan sebuah MMN, persidangan hari ini adalah, iaitu pada hari 25 September, 2004 itu, adalah merupakan permulaan proses ke arah yang beta hasratkan.

 

“Sedemikian itu, ungkapan titah dalam majlis bersejarah kewujudan semula MMN seperti adanya sekarang menurut Peruntukan Perlembagaan Negara, sebagaimana dalam edisinya tahun 2004," jelas Yang Berhormat.

 

Dalam kesempatan ini, Yang Berhormat ingin menyatakan lagi bahawa kesemuanya itu kita adalah memikirkan ehwal negara. Kita Ahli-ahli Yang Berhormat dalam majlis ini memikirkan hal ehwal negara, keselamatan dan kedaulatannya yang menjadi ehwal rakyat yang meliputi ehwal rakyat, kesejahteraannya, pemerintahannya, kemantapannya dan ehwal kerajaan keberkesanannya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47