FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Komited Sediakan Peruntukan Untuk Jana Ekonomi Maju, Berdaya Tahan


 


 March 28th, 2023  |  07:57 AM  |   272 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan terus komited menyediakan peruntukan bagi membolehkan kementerian-kementerian melaksanakan inisiatif dan pelaburan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk menjana ekonomi yang maju dan berdaya tahan.

 

Dengan segala usaha komitmen dan sokongan yang berterusan daripada semua pihak, insyaaAllah, ekonomi negara akan terus berkembang dan hasilnya akan dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan masa akan datang

 

Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim berkata demikian pada ucapan penangguhan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara, yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

“Kita semua harus menyedari bahawa bajet yang telah dibahaskan dan diluluskan pada tahun ini dan juga pada tahun-tahun yang lalu akan dan telah memberi banyak manfaat kepada semua lapisan rakyat di negara ini.

 

“Hasil daripada perbelanjaan kerajaan telah dinikmati khususnya oleh warga negara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam (NBD)," ujar Yang Berhormat.

 

Perbelanjaan-perbelanjaan kerajaan jelas Yang Berhormat, termasuk perkhidmatan dan rawatan kesihatan secara percuma di hospital dan klinik-klinik kerajaan di mana rakyat dikenakan bayaran sebanyak BND1 sahaja, sementara penduduk tetap dikenakan bayaran sebanyak BND2 untuk membuat perjumpaan dengan doktor di hospital dan klinik-klinik kerajaan; ubat-ubatan diberi percuma, malahan pihak kerajaan juga membiayai sepenuhnya rawatan-rawatan kesihatan bagi pesakit-pesakit yang mendapat 'referral' untuk rawatan di hospital swasta sama ada di dalam negara mahupun di luar negara yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi secara purata lebih kurang sebanyak BND150 juta setahun tanpa mengenakan bayaran balik daripada pesakit; dan perkhidmatan percuma juga termasuk pemberian lampin pakai buang dan alat bantuan penyusuan ibu yang mula dilaksanakan pada tahun 2017, di mana jumlah purata perbelanjaan kerajaan bagi inisiatif ini dalam tempoh empat tahun sejak pelaksanaannya sehingga tahun 2021 ialah kira-kira sebanyak BND1.5 juta setahun.

 

Selain itu tambah Yang Berhormat, kerajaan juga telah menyediakan pendidikan percuma, iaitu peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah termasuk pendidikan ugama; pemberian elaun-elaun bagi para penuntut; perkhidmatan pengangkutan yang diberikan untuk penuntut pergi sekolah dan juga biasiswa-biasiswa yang dianugerahkan bagi pengajian tinggi di institusi-institusi pengajian tinggi dalam pelbagai jurusan di dalam dan di luar negara termasuk biasiswa yang dihulurkan atas nama Syarikat Brunei Shell Petroleum (BSP) dalam mana pihak kerajaan memiliki sahamnya sebanyak 50 peratus.

 

Yang Berhormat membentangkan perbelanjaan kerajaan seterusnya, iaitu pemberian elaun-elaun kebajikan seperti Pencen Umur Tua yang mana elaun ini dimulakan pada zaman pemerintahan Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan telah diteruskan dan ditambah kadarnya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam; pemberian Elaun Kurang Upaya, Elaun Orang Buta, Elaun Pesakit Kusta, Elaun bagi Pesakit-pesakit Mental dan lain-lainnya; subsidi minyak kenderaan di mana sebagai contoh dalam tempoh lima tahun, iaitu dari tahun 2016 hingga 2021, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menghulurkan subsidi minyak kerajaan secara purata sebanyak BND130 juta setahun; subsidi kerajaan dalam penyediaan Skim Perumahan Negara di mana jumlah keseluruhan subsidi kerajaan bagi enam buah projek perumahan awam, iaitu perumahan-perumahan di Kampung Meragang; Kampung Tanah Jambu; Kampung Bukit Beruang; Kampung Panchur; Kampung Penaga; dan Kampung Lugu adalah kira-kira sebanyak BND842 juta, tidak termasuk nilai tanah; subsidi beras di mana sebagai contoh jumlah subsidi kerajaan bagi beras yang dibeli dari luar negara, iaitu Thailand; dan Cambodia termasuk perbelanjaan pengurusannya bagi tahun Tahun Kewangan 2020/2021 ialah sebanyak BND11.3 juta; dan rakyat serta penduduk di negara ini juga diberikan subsidi dalam pembekalan perkhidmatan asas seperti tenaga elektrik dan air bersih dan dikecualikan daripada membayar cukai seperti cukai pendapatan peribadi (personal income tax), 'property tax, sales and services tax' dan lain-lain sepertimana yang dipraktikkan di negara lain.

 

"Segala kemudahan dan manfaat yang kita nikmati ini tidaklah boleh dianggap sebagai hak atau 'right' sebaliknya ia adalah merupakan keistimewaan atau 'privileges' yang dikurniakan oleh Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada kita semua rakyat dan penduduk NBD yang mana kita wajib sentiasa bersyukur dan berterima kasih," ujar Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47