Home > Bahasa Melayu
Akta Perbekalan 2023 / 2024 Berkuat Kuasa 1 April
March 28th, 2023 | 07:58 AM | 256 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang memasuki hari ke-17 pada hari ini, telah membincangkan mengenai Tajuk Bab 1 iaitu Gelaran Pendek dan Permulaan Kuatkuasa iaitu yang boleh digelar sebagai Akta Perbekalan 2023 / 2024 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 April 2023.
Perkara ini dinyatakan oleh Yang Di-Pertua MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.
Semua Ahli Yang Berhormat sebulat suara bersetuju untuk meluluskan Bab 1 iaitu Gelaran Pendek dan Permulaan Kuatkuasa dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-Undang 2023, Perbekalan 2023 / 2024.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]