FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Baca Bahana Bertemakan ‘Menghayati Ramadan’


 


 March 29th, 2023  |  06:59 AM  |   105 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sempena memperingati Hari Puisi Sedunia yang ditetapkan secara rasmi oleh UNESCO pada setiap 21 Mac sejak tahun 1999, Baca Bahana sekali lagi dijayakan dengan anjuran bersama Kumpulan Putra Seni dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan membawa tema 'Menghayati Ramadan'.

 

Baca Bahana kali ini disertai oleh penggiat, peminat serta pengamat seni pengucapan dari enam negara iaitu Negara Brunei Darussalam (NBD), Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand dan Mesir.

 

Baca Bahana yang melibatkan 15 orang iaitu lapan penggiat, peminat dan pengamat seni pengucapan tanah air, terdiri daripada Zefri Ariff Brunei, nurFik Brunei, Nurhamizah Samihon, Aminah Momin, Syahnizam, Rasli ABR, Jazmeen Tassim dan Atin Aswana serta tujuh orang pembaca luar negara, iaitu Tia Setiadi (Indonesia), Khoer Jurzani (Indonesia), Nisah Haron (Malaysia), Shahril Samri (Singapura), Hassan Hasaa'ree Ali (Singapura), Suzi Al-Fatoni (Thailand) dan Ashraf Aboul Yazid (Mesir) telah berlangsung baru-baru ini.

 

Baca Bahana kali ini mengetengahkan beberapa puisi pilihan ruangan Sisipan Lembaran Mastera dalam majalah Bahana, yang dibacakan oleh lima penerima Penghargaan Sasterawan Muda Mastera, bagi mewakili empat negara Mastera iaitu NBD, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

 

Antara tujuan projek Baca Bahana ini diadakan adalah bagi menjalin pertemuan atau menyatukan para penggiat dan peminat sastera tempatan dan luar negara; memelihara nilai bahasa dan seni sastera; memperkenalkan karya penulis tempatan ke persada antarabangsa; mengangkat, memperkasa dan menanamkan semangat cintakan bahasa dari pelbagai latar dan bangsa serta menyemarakkan aktiviti seni secara maya.

 

Baca Bahana ini dirancang untuk dilaksanakan secara berterusan iaitu setiap Isnin, pada minggu terakhir, setiap bulan melalui Platform Zoom dan penstriman langsung di halaman Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

 

 

 

Ini merupakan lanjutan program pada tahun 2022, DBP dengan Kerjasama Angkatan Sasterawan dan Sasterawan (ASTERAWANI) dan Kumpulan Putra Seni menganjurkan Baca Bahana Puisi Antarabangsa 2022.

 

Baca Bahana pertama kali diadakan pada 13 Julai 2020 bersempena dengan Sambutan Bulan Bahasa Tahun 2020, yang julung kalinya dianjurkan oleh Kelab Rakis Universiti Brunei Darussalam dan Kumpulan Putra Seni, dengan sokongan DBP, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, yang telah pun mencapai Siri Ke-12.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47