Home > Bahasa Melayu
Waspada Skim Penipuan Peluang Pekerjaan
March 29th, 2023 | 07:00 AM | 115 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council (MPEC), Jabatan Perdana Menteri telah menerima beberapa aduan daripada orang awam berkaitan teks yang diterima daripada nombor-nombor telefon luar negeri yang mengaku sebagai wakil dari JobCentre Brunei.
Wakil tersebut telah menawarkan peluang-peluang pekerjaan dan memohon pengongsian maklumat peribadi melalui aplikasi WhatsApp.
Sehubungan itu, adalah dimaklumkan bahawa pihak Sekretariat Tetap MPEC tidak pernah mengeluarkan teks sedemikian melalui nombor-nombor telefon yang berdaftar di luar negeri.
Dalam hal ini, orang awam adalah dinasihatkan agar tidak membalas teks-teks berkenaan. Selain itu, turut diingatkan untuk tidak memberikan sebarang maklumat peribadi termasuk keterangan akaun bank kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali, terutama apabila menerima teks sedemikian.
Orang awam juga disarankan untuk menyekat nombor-nombor tersebut dan diingatkan untuk tidak menekan mana-mana pautan yang mencurigakan yang diberikan dalam teks tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Instagram rasmi JobCentre Brunei '@jobcentrebrunei' atau laman sesawang rasmi iaitu 'www.jobcentrebrunei.gov.bn' atau hubungi talian +673 8239933 untuk mengesahkan maklumat atau peluang pekerjaan yang ditawarkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]