Home > Bahasa Melayu
COVID-19 : 172 Kes Disahkan Sembuh
March 29th, 2023 | 07:03 AM | 150 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sebanyak dua kes dicatatkan berada di dalam Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.
Sementara itu tidak ada kes dicatatkan berada di dalam Kategori 5.
Sebagaimana yang dikeluarkan dalam Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 pada hari ini, sebanyak 172 kes disahkan sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat kepada 281,580.
Bagi Program Vaksinasi pula setakat ini, sebanyak 88.1 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun telah menerima dua dos vaksin dan sebanyak 62.8 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima tiga dos vaksin.
Manakala sebanyak 79.1 peratus rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan tiga dos vaksin dan 12.1 peratus telah menerima empat dos vaksin COVID-19.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]