FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Tadarus KHEU Di Masjid Kampung Bang Dalam


 


 March 29th, 2023  |  07:09 AM  |   115 views

TUTONG

 

Bulan Ramadan Al-Mubarak adalah bulan yang dinanti-nantikan, bulan yang memberi makna besar dalam perjalanan hidup seorang Muslim.

 

Ini kerana ia menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada setiap amalan yang dilakukan dan padanya terhimpun rahmat serta keampunan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Pintu-pintu syurga dibuka pada bulan Ramadan dan peluang-peluang mendapatkan kelebihan dan pahala yang berlipat ganda turut dibukakan seluas-luasnya kepada kita sepanjang bulan ini.

 

Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengaturkan rombongan pegawai dan kakitangan KHEU untuk sama-sama bertadarus ke beberapa buah masjid di negara ini.

 

Sehubungan itu, rombongan KHEU telah mengadakan Majlis Tadarus di Masjid Kampung Bang Dalam, petang tadi.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan .

 

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dipimpin oleh tetamu kehormat majlis dan diikuti dengan Tadabbur Al-Quran oleh Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah, Awang Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustafa.

 

Acara diteruskan dengan Tadarus Al-Quran, diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah dan kemudiannya bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

 

Rombongan Tadarus Pegawai dan Kakitangan KHEU seterusnya akan mengunjungi Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Rataie, Daerah Temburong pada Khamis, 30 Mac 2023, jam 5.00 petang.

Turut hadir, Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang dan Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47