FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Rancakkan Aktiviti Sosial, Sosioekonomi Permata Hijau


 


 March 29th, 2023  |  07:11 AM  |   87 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir dalam ucapan penangguhannya menyatakan berkenaan dengan Kemajuan Daerah Temburong.

 

Dengan terbinanya Jambatan Sultan Omar 'Ali Saifuddien yang mula dibuka pada tahun 2020, seluruh rakyat khususnya penduduk Daerah Temburong telah pun menikmati kemudahan ini sepenuhnya dan dalam masa yang sama, ia merancakkan aktiviti-aktiviti sosial dan sosioekonomi di Daerah Temburong.

 

“Seperti mana yang kaola bangkitkan di dewan yang mulia ini, usaha-usaha ke arah meramaikan Pekan Bangar adalah menjadi keutamaan sebagai fokus utama dalam Belanjawan 2023. Alhamdulillah, sejumlah BND6.3 juta telah disediakan bagi meningkatkan pelaburan serta menghasilkan beberapa 'spin-off activities' yang boleh membantu Peniaga Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan juga menjana peluang-peluang pekerjaan baharu," jelas Yang Berhormat lagi pada hari terakhir Persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19, MMN yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Yang Berhormat berharap dengan adanya peruntukan ini, ia dapat digunakan dengan perancangan pembangunan yang lebih strategik bagi melonjakkan lagi Daerah Temburong sebagai tempat terpenting dalam semua sektor. Ini termasuk memperkenalkan peluang-peluang baharu dalam sektor pelancongan, pertanian, kesenian dan pendidikan.

 

Dengan ini, harapan bagi melihat Jambatan SOAS ini bukan hanya digunakan oleh penduduk Temburong sahaja tetapi juga digunakan oleh orang ramai sebagai 'accessibility' penting untuk urusan seharian.

 

Selain itu, Yang Berhormat juga menyentuh berkenaan dengan penganjuran acara-acara di peringkat serantau dan antarabangsa, Daerah Temburong sememangnya berpotensi besar bagi pengendalian acara-acara sukan disebabkan bersempadan dengan negeri Sarawak dan Sabah. Penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa mempunyai potensi besar dalam memperkembangkan industri pelancongan Permata Hijau.

 

Acara sukan antarabangsa yang pada kebiasaannya berlangsung beberapa hari dan mendapat liputan meluas daripada media asing serta tempatan, secara tidak langsung berjaya mempromosikan Temburong sebagai destinasi pelancongan yang menarik. Yang Berhormat mengharapkan agar usaha-usaha ke arah ini dapat dilaksanakan satu hari nanti.

 

Berkenaan dengan keselamatan, Pertama, Yang Berhormat menimbulkan isu tentang keselamatan di Sungai Pandaruan Temburong iaitu di kawasan Jambatan Pandaruan sempadan Temburong dan Limbang. Kebimbangan penduduk setempat dengan bot tunda sering menggunakan sungai berkenaan untuk operasi perniagaan mereka.

 

Kaedah bot tunda ini sememangnya tidak lagi sesuai digunakan kerana ia boleh mendatangkan bahaya dan kerosakan harta benda serta kemusnahan ekosistem sungai yang menjadi sumber pendapatan penduduk setempat di kedua-dua buah negara yang berjiran. Keadaan menjadi semakin buruk apabila berlaku arus deras air sungai disebabkan hujan. Sehubungan dengan ini, Yang Berhormat berharap agar pihak-pihak berkenaan dapat mengambil perhatian mengenai perkara ini bagi menghindari sebarang kejadian buruk akan berlaku.

 

Kedua, tambah Yang Berhormat, berkenaan dengan Pengawasan Kejiranan (PK). Sepertimana yang kita sedia maklum, PK mula dibentuk pada tahun 2014 dengan lebih teratur dan bersistematik berpandukan tiga petunjuk aras (KPI) iaitu pendekatan, taktikal dan kebajikan dan sosial. Ini adalah sebagai inisiatif agar Pengawasan Kejiranan akan lebih disebarluaskan kepada 'stakeholders' selain dari kampung-kampung.

 

Sehubungan dengan ini, Yang Berhormat juga menyarankan agar fungsi dan peranan PK dapat diperkasakan termasuklah menyediakan peruntukan yang tertentu bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab terutama sekali apabila melibatkan penyertaan akar umbi dan penduduk kampung untuk melaksanakan operasi bersepadu bersama Pasukan Polis Diraja Brunei.

 

“Penyediaan kelengkapan dan peralatan keselamatan seperti jaket lut sinar', topi dan cahaya sentuh (touch light) bagi setiap ahli PK sewajarnya perlu disediakan bagi memastikan PK nampak lebih seragam dan bersedia melaksanakan tugas yang dijadualkan," ujar Yang Berhormat.

 

Dalam masa yang sama, keperluan bagi menyediakan latihan-latihan SOP keselamatan juga penting bagi setiap ahli PK sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Dengan ini PK dilihat lebih relevan sebagai sebuah organisasi keselamatan yang dihormati.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47