FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           'Operasi Kabat'           >>           Seoul International Travel Fair           >>           Leaves for Republic Of Singapore           >>           Hari Raya Goodwill Visit           >>           Media Conference on Voting and Election for Village Head Candidates           >>           ICT Workshop           >>           Express Mail Service Cooperative Customer Care Award           >>           Goodwill Visit           >>           Announce Appointment           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkatkan Peluang Pelaburan, Realisasikan Inisiatif Belanjawan


 


 March 29th, 2023  |  07:12 AM  |   86 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Merujuk kepada Rang Undang-Undang Tahun 2023 Perbekalan 2023/2024 belanjawan negara bertemakan 'Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur', Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann dalam ucapan penangguhannya antara lain berharap agar belanjawan ini dapat diurus dengan sebaik mungkin terutama sekali ke arah menstabilkan ekonomi negara hasil pendapatan kerajaan di dalam sektor bukan minyak dan gas yang mencatat BND952.37 juta perlu dipertingkatkan.

 

Oleh itu, usaha-usaha bagi memperbanyakkan peluang-peluang pelaburan dan kemudahan perniagaan kepada pelabur asing dan anak tempatan adalah antara langkah bagi merealisasikan inisiatif-inisiatif dalam belanjawan yang memberi fokus kepada memeliharakan kesejahteraan awam, mendukung pemulihan negara yang inklusif dan berdaya tahan serta pembangunan modal insan yang dinamik, proaktif dan inovatif.

 

Ini, jelas Yang Berhormat, termasuk menaik taraf bagi meningkatkan pasaran zon-zon perniagaan dan perusahawanan yang sedia ada ke arah yang lebih kompetitif dan dapat dimanfaatkan oleh Peniaga-peniaga Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan.

 

Menyentuh berkenaan dengan iklim dan landskap perniagaan kondusif, Yang Berhormat juga menyuarakan tentang hasrat penduduk-penduduk Daerah Belait berkenaan dengan pembangunan Pekan Belait dan Seria satu pelan kemajuan yang komprehensif Daerah Belait perlu diwujudkan bagi mempercepatkan perkembangan aktiviti-aktiviti perniagaan, mencantikkan kawasan pekan serta mengaktifkan penglibatan pihak swasta dalam menyumbang kemajuan dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam yang inklusif seperti ruang pejalan kaki, orang kurang upaya dan sebagainya.

 

Selain daripada rancangan-rancangan bagi memperluaskan kawasan Skim Perumahan Negara perlu diwujudkan sebagai satu strategi jangka panjang ke arah meningkatkan keramaian penduduk yang sekali gus mampu merancakkan aktiviti sosial dan ekonomi di Daerah Belait.

 

Yang Berhormat juga menyuarakan mengenai peruntukan khas Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan dengan tanggungjawab Ahli-ahli Yang Berhormat terutama sekali di dalam memeduli hal ehwal kebajikan rakyat.

 

Perkara ini bertepatan dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN Tahun 2023, iaitu “Kepentingan menunaikan tanggungjawab dengan ikhlas dengan memberi apa jua pandangan serta bersikap terbuka dengan anak buah ketika mendapatkan pendapat dan maklum balas daripada mereka masing-masing".

 

“Tidak semua masalah atau isu dapat ditangani secepatnya oleh pihak kerajaan mahupun agensi-agensi yang berkenaan disebabkan kapasiti yang terhad termasuklah hal-hal peruntukan kewangan," tegas Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann semasa menyampaikan ucapan penangguhan pada hari terakhir Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN, di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Dalam pada itu, Yang Berhormat mencadangkan agar disediakan peruntukan khas di bawah kapasiti Ahli-ahli MMN yang boleh digunakan bagi membiayai projek-projek dan aktiviti-aktiviti yang tertentu yang memerlukan perhatian dan bantuan segera seperti membaiki bumbung rumah disebabkan bencana alam, membina jambatan sementara atau membaiki infrastruktur awam seperti jalan raya yang sering menimbulkan kesusahan pada orang ramai, membiayai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan terutama sekali misi-misi bantuan dan sebagainya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30