FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           'Operasi Kabat'           >>           Seoul International Travel Fair           >>           Leaves for Republic Of Singapore           >>           Hari Raya Goodwill Visit           >>           Media Conference on Voting and Election for Village Head Candidates           >>           ICT Workshop           >>           Express Mail Service Cooperative Customer Care Award           >>           Goodwill Visit           >>           Announce Appointment           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Utamakan kelestarian bumi NBD


 


 March 29th, 2023  |  07:16 AM  |   149 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Berkenaan dengan mengekalkan kelestarian bumi, Negara Brunei Darussalam (NBD) adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.

 

Sumber-sumber ini terdiri daripada pelbagai spesies flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia.

 

Ditambah pula dengan ekonomi negara yang semakin mengukuh, rakyat mudah memperoleh segala keperluan asas mereka. Oleh itu, adalah mudah untuk bersikap sambil lewa dan menganggap sumber-sumber ini adalah tidak terhad.

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub menyatakan perkara tersebut semasa menyampaikan ucapan penangguhan pada hari terakhir Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN, di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Menurut Yang Berhormat, sumber-sumber alam semakin berkurangan. Pemusnahan hutan, pemanasan global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia.

 

Satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara aktif.

 

Yang Berhormat juga membangkitkan perkara berkenaan dengan perubahan iklim, isu banjir, bencana alam dan kemusnahan hutan.

 

Pihak kerajaan mahupun swasta sentiasa memainkan peranan di dalam memastikan kemajuan negara sentiasa mengutamakan kelestarian bumi Brunei Darussalam ini tetap dipelihara agar isu-isu yang ditimbulkan berkenaan dengan alam sekitar dan perubahan iklim dapat dikurangkan.

 

Perubahan iklim bukanlah fenomena yang hanya berkaitan dengan perubahan lingkungannya saja.

 

“Dalam prosesnya terjadi perubahan ekonomi, sosial, politik, dan geografi. Semuanya berkaitan dan tidak dapat dipisahkan. Misalnya, perubahan iklim yang menyebabkan muka air laut naik dan kejadian bencana banjir akan berubah. Penghidupan rakyat dan masyarakat dan akhirnya mengambil keputusan berpindah ke tempat lain untuk mencari kehidupan yang lebih baik dan selamat," ujar Yang Berhormat.

 

Seterusnya, berkenaan dengan isu-isu pembinaan lebih banyak kolam takungan banjir di kawasan-kawasan yang berisiko seperti pembinaan benteng pengadang dan sistem amaran awal bagi kawasan-kawasan penduduk di persisiran pantai adalah perlu diberi perhatian sewajarnya dengan mengambil kira kewaspadaan kenaikan paras air laut tahun 2030.

 

Perkara ini, tambah Yang Berhormat diperkukuhkan lagi dengan kenyataan daripada Dato Seri Reezal Merican Naina Merican, mantan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malayasia menyatakan bahawa NCVI adalah satu kaedah yang menunjukkan kepelbagaian ekosistem di sesebuah kawasan pesisiran pantai dan penilaian terhadap tahap keterdedahan atau kerapuhan kawasan berkenaan. Katanya, ia juga bertindak sebagai sistem amaran terhadap risiko yang akan wujud.

 

Penemuan NCVI di dalam RPP-2 yang disokong data saintifik antaranya daripada Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) yang diterbitkan pada 2019 menunjukkan Malaysia terkesan dengan isu kenaikan paras air laut dan ia dijangka turut menjejaskan kawasan pantai dalam kadar keluasan yang besar.

 

InsyaaAllah, tambah Yang Berhormat lagi di dalam mukadimah Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024, inisiatif dan usaha melestarikan Negara Brunei Darussalam selaras dengan komitmen ke arah pelepasan sifar bersih (net zero emission) menjelang tahun 2050.

 

Ini bertepatan dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Perasmian Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN iaitu mengenai komitmen negara ke arah perubahan iklim yang mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah memperkenankan Negara Brunei Darussalam untuk menjadi Tuan Rumah bagi Pusat Perubahan Iklim ASEAN (ASEAN Centre for Climate Change) yang akan menempatkan pakar-pakar dari dalam dan luar negara untuk menjalankan kegiatan penyelidikan berkaitan dengan perubahan iklim.

Menyentuh mengenai dengan insentif dan dorongan guru-guru di sekolah-sekolah Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat ingin mengemukakan mengenai dengan perkara ini iaitu insentif dan dorongan guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah yang sudah berkhidmat terlalu lama secara berterusan dengan cemerlang dan penuh dedikasi agar diberikan bentuk insentif sokongan, bantuan dan pertolongan yang sepatutnya yang mereka tidak lagi diberikan beban dan tugas yang tidak ada kaitannya dengan pembelajaran-pembelajaran.

 

Mereka ini sepatutnya diberi keanugerahan pingat-pingat yang bersesuaian dengan perkhidmatan yang mereka jalankan sepanjang perkhidmatan yang sedia ada.

 

Berkenaan dengan isu beban guru pula, peranan dan fungsi guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada pelajar, bahkan memastikan pelajar lahir daripada sistem pendidikan yang mempunyai sahsiah serta daya saing tinggi menerusi penjiwaan amalan yang baik diterapkan di sekolah secara semula jadi.

 

“Isu berkaitan beban tugas guru bukan sahaja berlaku, bahkan sudah lama wujud di dalam dewan yang mulia ini juga sering dibicarakan beban tugas guru dan sering membangkitkan hingga menjadi tekanan kepada pihak kerajaan. Isu ini seolah-olah tiada pengakhiran dan masih dilihat tiada jalan penyelesaian," tegas Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat juga berharap agar pihak Kementerian Pendidikan terus komited mencari jalan dan kaedah yang boleh membantu dalam mengurangkan beban tugas guru. Berkat usaha dan sikap keterbukaan pihak-pihak berkenaan diharapkan perkara ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

 

Selain itu, berkenaan dengan Kepimpinan Akar Umbi Majlis Perundingan Mukim dan Kampung. Sepertimana penubuhannya adalah bertujuan untuk memperkukuhkan institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampung sebagai teras kepimpinan akar umbi dalam masa yang sama merancang dan melaksanakan projek-projek ke arah kemajuan kampung dan meningkatkan kesejahteraan serta sosioekonomi masyarakat mukim dan kampung.

 

“Kaola mengharapkan agar MPMK ini akan terus di mata-matai dan didedahkan dengan program-program dan kursus-kursus kepimpinan agar terus relevan dan tidak ketinggalan di dalam semua aspek arus perubahan teknologi terkini." ujar Yang Berhormat.

 

Selain itu, Yang Berhormat juga menjelaskan mengenai dengan bidang keusahawanan, di mana ia adalah antara perkara yang menjadi fokus utama bagi menggerakkan aktiviti perekonomian yang mampu menyumbang kepada ekonomi negara yang stabil dan berdaya tahan.

 

Pendekatan turun padang perlu diterapkan oleh pihak kerajaan sama ada pegawai-pegawai atasan di peringkat kementerian mahu pun Jabatan Daerah agar konsep timbal balik ini dapat memberikan kesan yang positif kepada masyarakat kampung agar terus bersemangat dan merasa dihargai.

 

“Bercakap berkenaan dengan Pembangunan Inklusif, kaola cukup optimis agar Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 ini dapat merealisasikan harapan rakyat ke arah menikmati kehidupan yang selesa.

 

Projek-projek dan inisiatif-inisiatif ke arah meningkatkan sosioekonomi rakyat dan menaik taraf infrastruktur yang sedia ada, terutama sekali di kawasan pendalaman yang masih belum menikmati sistem jalan raya yang selesa dan selamat dan kemudahan pengangkutan awam yang begitu terhad hendaklah sewajarnya diberi perhatian ke arah mewujudkan pembangunan yang inklusif," jelas Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

Nintendo Switch 2: Official Announcement Promised Within Next Year

 2024-05-08 07:15:56