FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Laksanakan tanggungjawab dengan telus, berhemah


 


 March 29th, 2023  |  07:18 AM  |   116 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rang Undang-Undang Tahun 2023 Perbekalan 2023/2024 yang bertemakan 'Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur" telah pun memfokuskan kepada tiga keutamaan iaitu Memelihara Kesejahteraan Awam, Mendukung Pemulihan Negara yang Inklusif dan Berdaya Tahan dan akhir sekali Pembangunan Modal Insan yang Dinamik, Proaktif dan Inovatif.

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed dalam ucapan penangguhannya antara lain menyeru agar semua kementerian melaksanakan tanggungjawab secara telus dan berhemah, dari segi pengurusan, penyampaian adalah amat penting dalam memberikan perkhidmatan yang efektif dan efisien, seperti yang diharapkan oleh pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) dan orang ramai di samping memastikan perkhidmatan tersebut 'value for money' serta pengurangan terhadap pembaziran sumber dan dana.

 

"Dalam masa yang sama pematuhan terhadap undang-undang iaitu setiap organisasi atau agensi perlu mematuhi segala peraturan, undang-undang, piawaian (standard) yang diguna pakai dan harapan masyarakat terhadap amalan kejujuran, akauntabiliti, dan integriti serta ketelusan dalam perkongsian maklumat.

 

Tadbir urus yang cekap dan berkesan (terbaik) adalah sebagaimana pengurusan mengurus dan menangani perubahan (change management). Organisasi yang dinamik akan sentiasa bersedia menerima perubahan dengan membuat penyesuaian mengikut perubahan dan kehendak semasa," tegasnya pada hari terakhir Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN, berlangsung di Bangunan Dewan Majlis hari ini.

 

Dalam hal itu, menurut Yang Berhormat Awang Zainol, persediaan dan komitmen menyeluruh dari pihak pengurusan adalah amat kritikal. Perubahan dalam sesebuah organisasi amat perlu agar organisasi lebih dinamik dan berdaya saing ke arah mendukung Wawasan Brunei 2035.

 

Katanya, Pendidikan adalah pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Pencapaian yang dijana melalui sistem pendidikan akan menentukan hala tuju negara pada masa depan. Malahan proses pendidikan merupakan kaedah yang sangat berkesan bagi membentuk dan mengembangkan minda, jiwa dan rohani ke arah mengenali diri dan mencapai tahap kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna.

 

Kebanyakan negara-negara maju tambahnya telah mengambil inisiatif untuk menggerakkan aktiviti perdagangan antarabangsa di dalam sektor pendidikan tinggi. Perkhidmatan pendidikan antarabangsa merupakan sumber utama kepada pendapatan negara maju dengan pulangan perniagaan mencecah jutaan ringgit.

 

Dengan usaha dan inisiatif berterusan daripada Institusi Pendidikan Tinggi Tempatan yang sedang dan akan dilaksanakan seperti menawarkan pelbagai program dan kursus bagi pendidikan antarabangsa, Yang Berhormat Awang Zainol optimis Negara Brunei Darussalam boleh menjadi hab kecemerlangan pendidikan tinggi di rantau Asia Pasifik. Sebagai usaha untuk menggalakkan pelancongan pendidikan secara berterusan dalam jangka masa panjang.

 

Meneliti peruntukan yang telah disediakan kepada semua Kementerian pada tahun ini, beliau menyatakan, kira ia akan dapat melaksanakan beberapa projek yang telah dirancang serta mengutarakan beberapa hal yang merupakan keperluan asas seperti pembinaan dan menaik taraf beberapa jalan raya yang ada di bawah tadahan Yang Berhormat.

 

Dalam kesempatan itu, Yang Berhormat turut mengemukakan beberapa cadangan supaya jalan raya yang disebutkan akan diberikan perhatian sewajarnya iaitu Jalan Raya Kasat dan Putat, mungkin sudah berumur lebih daripada 50 tahun, laluan di Jalan Buang Sakar Kasat pada masa ini sempit ditambah lagi dengan kereta yang diletakkan di kiri kanan jalan menyebabkan pengguna lalu bergilir-gilir, baru boleh berjalan.

 

Seterusnya, Jalan Bebatik Kilanas dan Kulapis ujarnya, di mana dengan penaikan taraf jalan tersebut mungkin akan dapat mengurangkan sungutan orang awam dan pengguna Jalan Raya di kawasan tersebut.

 

Yang Berhormat Awang Zainol juga menekankan bahawa Jambatan Bailey di Kampung Sengkurong sudah masanya untuk dinaik taraf kepada jambatan dua hala, yang mana pada masa ini ia hanya mampu memuatkan satu kereta pada satu masa.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30