FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           'Operasi Kabat'           >>           Seoul International Travel Fair           >>           Leaves for Republic Of Singapore           >>           Hari Raya Goodwill Visit           >>           Media Conference on Voting and Election for Village Head Candidates           >>           ICT Workshop           >>           Express Mail Service Cooperative Customer Care Award           >>           Goodwill Visit           >>           Announce Appointment           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pertingkatkan Kualiti Hidup, Perkukuh Kesejahteraan Rakyat


 


 March 29th, 2023  |  07:20 AM  |   86 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan berharap kepada kementerian-kementerian yang berkenaan di dalam usaha menangani masalah binatang liar yang semakin meresahkan rakyat agar ianya dilihat dengan lebih serius dengan pendekatan Whole of Government dan Whole of Nation tanpa berharap kepada satu pihak sahaja.

 

Seterusnya, Yang Berhormat juga menambah mengenai dengan Balai Cerap Kebangsaan, ia memang tidak dapat dinafikan bahawa kepentingannya kepada sesuatu negara terutama negara Islam, mempunyai Balai Cerap sendiri adalah satu kepentingan. Mengambil contoh kepada negara jiran kita iaitu negeri Sabah, Balai Cerap Al Buruni yang mana minggu lepas telah berjaya melihat anak bulan Ramadan dengan peralatan-peralatan yang terkini.

 

“Kaola juga merasa simpati kepada ahli-ahli Persatuan Astronomi Brunei Darussalam dengan peralatan yang terbatas juga telah berjaya melihat anak bulan Ramadan, mereka ini tidak mempunyai tempat yang khusus untuk menjalankan aktiviti-aktiviti," ujar Yang Berhormat pada hari terakhir Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Yang Berhormat juga mengulang kembali cadangan yang berhubung yang sudah dibangkitkan ke arah meningkatkan kualiti hidup dan memperkukuhkan kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, melalui dasar, strategi, peraturan dan program ke arah mencapai Wawasan Brunei 2023 sepertimana hasrat murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Ini katanya termasuk dasar, strategi, peraturan dan program yang dapat membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan dan kelainan upaya, memperkasa Jabatan MUIB dan pihak yang bertanggungjawab mengenai pengurusan zakat dan wakaf agar ia lebih efektif, efisien dan profesional.

 

Seterusnya terang Yang Berhormat, boleh mendukung kemajuan ekonomi negara berpaksikan falsafah MIB dan Negara Zikir, mempelajari dan mengguna pakai modaliti-modaliti yang terbukti berjaya dan berkesan di negara-negara serantau dan antarabangsa dengan mengadaptasikan berdasarkan 'national circumstances' negara kita.

 

“Sebagai 'way forward' koala berpandangan sudah tiba masanya bagi perkara-perkara yang strategik sama ada yang bersifat taktikal atau 'operational' itu dibincangkan dan dimuzakarahkan secara berterusan, komprehensif dan holistik.

 

"Antara lainnya, melalui jawatankuasa kecil yang dianggotai oleh sebilangan atau sebahagian daripada ahli-ahli yang berhormat dari ahli-ahli yang dilantik bersama pihak-pihak yang berwajib agar perkara-perkara perlu diperbaiki dan diperkemaskan supaya mendapat 'traction' yang sewajarnya ke arah mencapai jalan penyelesaian dan juga pelaksanaan yang sangat-sangat diharapkan oleh raja kita dan juga pemegang-pemegang taruk 'stakeholder' yang berkenaan termasuk rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam," jelas Yang Berhormat lagi.

 

Tambah Yang Berhormat lagi, ini adalah demi menanai tinggi titah dan hasrat murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam berhubung kemajuan dan kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat jelata.

 

Yang Berhormat juga berharap agar apa-apa yang telah ditimbulkan yang layak untuk diambil tindakan, perlulah diambil tindakan yang berpatutan dan mana-mana cadangan yang layak untuk dibincangkan akan dapat dibincangkan agar ia menjurus kepada keamanan dan kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai.

 

“Belanjawan 2023 / 2024 sebanyak BND4.96 bilion telah pun diluluskan. Perancangan ke mana hala tuju belanjawan ini akan disalurkan juga telah pun dihuraikan masing-masing kementerian, koala berharap ia akan dapat dilaksanakan sebagaimana yang diharapkan," ujar Yang Berhormat lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30