Home > Bahasa Melayu
Hasil Pertanian Perlu Dimantapkan
March 29th, 2023 | 07:21 AM | 103 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Lau How Teck melahirkan harapan agar Sektor Pertanian di negara ini akan terus diberi perhatian supaya dapat membantu meningkatkan lagi ekonomi negara.
Dalam pada itu, untuk memantapkan dan merancakkan lagi hasil pertanian ini Yang Berhormat menekankan bahawa kualiti tanah yang dijadikan sebagai tapak pertanian perlu dikaji dan diusahakan untuk menjaga kualiti dan secara tidak langsung membantu dalam perkembangan penghasilan pertanian yang sihat dan lancar.
Yang Berhormat Awang Lau How Teck menyatakan perkara tersebut sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN, di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]