FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Gunakan Peruntukan Perbelanjaan Kerajaan Dengan Efisien, Elakkan Pembaziran


 


 March 29th, 2023  |  07:23 AM  |   99 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara masih mengalami 'budget deficit' dan semestinya dipandang serius oleh semua pihak.

 

Dalam hal ini, marilah kita menghayati Belanjawan Tahun Kewangan 2023 / 2024 iaitu 'Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur' atau 'Building A Prosperous Future Together'.

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Momin menyatakan perkara tersebut semasa menyampaikan ucapan penangguhan pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN, di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, disini.

 

Kata Yang Berhormat, pihak yang berwajib mestilah memata-matai pencapaian Government Link Companies supaya 'revenue' kerajaan tidak terjejas malah usaha yang lebih gigih mesti dilakukan untuk mengurangkan tunggakan kutipan kerajaan.

 

Jelas Yang Berhormat lagi, peruntukan perbelanjaan kerajaan hendaklah digunakan dengan efisien dan mengelakkan pembaziran manakala projek-projek hendaklah dilaksanakan dengan 'mindset high quality, on time and on budget'.

 

Yang Berhormat sangat tertarik dengan visi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan iaitu 'Bangsa Brunei Cemerlang' di mana Yang Berhormat percaya kita adalah bangsa Brunei yang boleh mencapai kecemerlangan dengan izin Allah sekiranya kita percayakan pada diri kita sendiri, 'believe on our own people'.

 

Mempercayai kemampuan dalam diri kita sendiri, Yang Berhormat yakin bahawa pemimpin juga harus mempercayai kemampuan rakyat tempatan. Dalam hal ini, dengan mengurangkan pengambilan orang luar, 'expatriate' dan konsultan asing.

 

“Ini juga akan membantu mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Brunei. 'Invest on our own people'," ujar Yang Berhormat lagi.

 

Tegas Yang Berhormat, keyakinan 'kitani' dalam mempercayai terhadap kemampuan belia-belia dan rakyat tempatan dalam segala hal seperti pembabitan mereka dalam peringkat pendidikan, memberikan mereka peluang dari segi pengurusan, pentadbiran sebagaimana mereka ini akan menjadi pemimpin 'kitani' pada masa depan.

 

“Ini adalah sebagai usaha untuk menghasilkan masyarakat yang produktif, proaktif dan berdedikasi.

 

“Inclusive dan 'compassionate society'. Kita memberikan sokongan yang berterusan perihal kebajikan dan kemaslahatan golongan orang yang kurang bernasib baik seperti Orang-orang Kurang Upaya, Orang Berkeperluan Khas, warga emas, asnaf fakir miskin adalah perlu diambil perhatian dengan memberi bantuan yang membolehkan mereka dapat hidup berdikari," tambah Yang Berhormat.

 

Dalam hal ini, tambah Yang Berhormat, kita juga tidak mendiskriminasi orang-orang yang mengalami kesihatan mental.

 

Seterusnya, menyentuh Skim Persaraan Kebangsaan (SPK), Yang Berhormat menjelaskan bahawa ia adalah satu skim penggalak untuk orang bekerja termasuk bekerja sendiri (self-employed).

 

Justeru, membarigakan tentang faedah-faedah ini SPK hendaklah menyebarkan maklumat mengenainya seluas-luasnya termasuk kepada golongan ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10