FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kerjasama Kerajaan Dengan Sektor Swasta, NGO Terus Dipertingkat


 


 March 29th, 2023  |  07:25 AM  |   72 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd Salam menyambut baik dan akan sentiasa memberikan sokongan padu kepada strategi dan inisiatif mana-mana pihak di sektor kerajaan, swasta dan NGO serta masyarakat umum di luar sana yang diusahakan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kestabilan dan sosioekonomi negara.

 

Dalam hal ini, Yang Berhormat bersependapat dengan rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai pentingnya pendekatan Whole of Nation dan Whole of Government untuk diperkasakan lagi pelaksanaannya dengan meningkatkan penglibatan sektor-sektor swasta dan NGO serta masyarakat awam untuk mengikut kesesuaian dalam bidang dan kemahiran yang ada untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan secara bersepadu dan saling menyokong antara satu sama lain dan bersatu dalam menangani isu dan cabaran yang dihadapi oleh rakyat dan negara.

 

Sebagai contoh, jelas Yang Berhormat ialah semasa situasi penularan COVID-19 di negara ini di mana Yang Berhormat melihat semua pihak di sektor swasta dan NGO serta masyarakat awam bersatu membantu pihak kerajaan dengan iltizam yang kuat untuk mengawal dan melepaskan negara dari penularan COVID-19 berterusan semuanya disebabkan kesedaran dan kefahaman masyarakat yang diterima menerusi media-media seperti televisyen dan radio serta media-media sosial.

 

Amalan seperti inilah kata Yang Berhormat yang perlu kita perkasakan bersama dalam menangani apa juga isu dan cabaran negara, iaitu dengan meningkatkan koordinasi dan kerjasama padu antara semua pihak sama ada di sektor kerajaan, swasta dan NGO serta masyarakat umum dengan satu tujuan dan satu matlamat iaitu untuk kebajikan rakyat dan negara semata-mata.

 

Berucap semasa menyampaikan ucapan penangguhan pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN, di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Yang Berhormat seterusnya menjelaskan bahawa berkat perpaduan masyarakat dan dengan pertunjuk dengan bersatu hati kita akan berjaya menyelesaikan isu dan cabaran yang mengesankan kesejahteraan rakyat dan negara.

 

Selain itu, menjadikan Negara Brunei Darussalam yang kita cintai ini sebagai Negara Zikir yang berkat dan diredai oleh Allah Subhanahu Wata'ala, mempunyai ekonomi yang mantap dan rakyat yang berdikari serta bebas daripada kemiskinan menjelang Wawasan Brunei 2035 nanti.

 

“Bersikap lebih terbuka dan telus dengan membarigakan apa jua dasar dan inisiatif yang di rancang serta isu dan cabaran yang dihadapi oleh negara, bagi memudahkan rakyat memahami dan menerima sebarang perubahan dan bersedia memberikan kerjasama untuk menanganinya.

 

“Justeru, menilai semula strategi dan inisiatif yang sedang dilaksanakan untuk mengenal pasti sebarang punca kekurangan atau kelemahannya dan merancang penambahbaikan yang lebih efektif dan mengambil kira dan meneliti cadangan-cadangan yang telah dikemukakan sepanjang persidangan tersebut," tambah Yang Berhormat lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48