FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Isu Pekerjaan Perlu Diutamakan


 


 March 29th, 2023  |  07:28 AM  |   137 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman berkata daripada perbincangan dan sesi soal jawab antara Ahli-ahli Yang Berhormat Yang Dilantik dengan Yang Berhormat Menteri-menteri Kabinet adalah jelas bahawa meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat adalah isu yang paling banyak dibincangkan.

 

Ke arah itu dalam Rancangan Kemajuan Negara Ke-11 (RKN11), katanya, kerajaan juga memberi keutamaan kepada penyediaan dan kemudahan-kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih dan bekalan elektrik yang cukup ke rumah-rumah, peningkatan perkhidmatan kesihatan yang mudah diakses, pendidikan yang berkualiti dan boleh menjanjikan masa depan yang cerah kepada semua peringkat dan jurusan pelajar, persekitaran yang kondusif bagi pertumbuhan agrimakanan dan pertumbuhan keusahawan secara umum.

 

Yang Berhormat menyatakan perkara tersebut semasa menyampaikan ucapan penangguhan pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN, di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Jelas Yang Berhormat, mudah-mudahan dengan adanya percambahan fikiran di dewan yang mulia tersebut semasa membincangkan tajuk- tajuk peruntukan kementerian-kementerian masing-masing dan semangat keterbukaan sesama mereka dengan kesungguhan dan komitmen yang kuat dan dengan kesedaran bahawa masih banyak lagi yang perlu mereka lakukan, kita akan mampu mencapai matlamat negara.

 

Semua itu, tambah Yang Berhormat, diharap akan dapat dicapai dengan pendekatan Whole of Government dan Whole of Nation.

 

Yang Berhormat menambah ingin melihat peruntukan kerajaan yang baru diluluskan membawa impak besar dan kesan positif kepada negara dan menjana pertumbuhan ekonomi lebih tinggi dari kadar dua peratus atau tiga peratus menyumbang kepada kestabilan ekonomi, meningkatkan pendapatan sebenar dan menambah peluang- peluang pekerjaan bagi graduan dan lepasan sekolah.

 

“Setiap tahun bilangan pelajar lepasan universiti dan lain-lain institusi pendidikan semakin bertambah dan setentunya juga mereka akan mencari pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan mereka.

 

“Sudah tentu juga mereka mengharapkan peluang-peluang pekerjaan akan bertambah baik dari setahun ke setahun sama ada dalam kerajaan mahupun dalam sektor industri-industri yang sudah dikenal pasti yang boleh menghasilkan pekerjaan atau melalui pelaburan asing," ucap Yang Berhormat.

 

Dalam ucapan penangguhan tersebut Yang Berhormat turut menyentuh mengenai titah perasmian MMN pada 9 Syaaban 1444H bersamaan 2 Mac 2023M di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah bahawa isu penting yang perlu diberi perhatian ialah isu pengangguran.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya bertitah bahawa pencari kerja tempatan hendaklah diperkasa dengan latihan semula dan peningkatan ilmu pengetahuan untuk memudahkan mendapat pekerjaan.

 

Dalam hubungan ini, Yang Berhormat menyokong sepenuhnya kandungan titah tersebut sebab itu dalam perbincangan Yang Berhormat sering menyebut isu pekerjaan sebagai sesuatu yang patut diberi keutamaan.

 

Justeru, adalah diharapkan melalui peruntukan yang diluluskan beberapa 'takeaways' dari permesyuaratan ini dan ingin dilihat ialah kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih baik; Peningkatan dalam pendapatan sebenar; Harga barang-barang asasi terutamanya makanan terkawal dan Prospek mendapat pekerjaan yang cerah (brighter job prospect) bagi menghilangkan keresahan dalam kalangan pelajar-pelajar dan ibu bapa.

 

Yang Berhormat yakin setiap kementerian akan meneliti peruntukan masing-masing dan berbelanja dengan berhemah untuk mengelakkan pembaziran dan memastikan bahawa setiap perancangan dan perbelanjaan yang dibuat akan membawa hasil yang ketara dan dapat dinikmati oleh semua.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10