FacebookInstagramTwitterContact

 

Woman Scammed Out Of £2,000 By Online Seller’s Cruel Iphone Trick           >>           Two People Charged After ‘Dine And Dash Spree’ Across Multiple Restaurants           >>           4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Amalkan Sikap Keterbukaan Menerima Fikiran Positif, Inovatif Dari Pegawai Bawahan


 


 March 29th, 2023  |  07:29 AM  |   121 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusuf berkata bahawa dengan berkat kepimpinan yang bijaksana, kewibawaan dan berwawasan yang jauh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, rakyat dan penduduk di negara ini terus menerus menikmati kehidupan yang sejahtera dalam suasana yang aman damai, penuh harmoni dan seterusnya dapat menikmati pelbagai bentuk-bentuk kemudahan dan juga subsidi yang disediakan oleh pihak kerajaan.

 

Kesemuanya ini semata-mata untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam (NBD).

 

Kita sebagai rakyat dan penduduk yang berlindung di bawah NBD sepatutnya berperanan dan bertanggungjawab untuk memberikan apa jua sumbangan atau khidmat bakti kita berdasarkan kepada kebolehan dan keupayaan masing-masing dalam kita bersama-sama menggembleng tenaga bagi mengembangmajukan ekonomi negara agar lebih mapan dan berdaya tahan demi kelangsungan kesejahteraan kehidupan kita di negara yang sama- sama kita cintai.

 

Yang Berhormat menyatakan perkara tersebut semasa menyampaikan ucapan penangguhan pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN, di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, disini.

 

Kata Yang Berhormat, kita sebagai rakyat dan penduduk NBD, harus bersyukur kerana mempunyai raja yang sangat-sangat prihatin serta pemedulian tentang hal ehwal kesejahteraan, kebajikan, masalah, malahan rintihan rakyat dan penduduk NBD sehingga baginda sanggup bercemar duli berangkat atau kata istilah biasanya 'turun padang' ke jabatan-jabatan kerajaan, institusi pendidikan, rumah-rumah kediaman persendirian, organisasi tertentu sama ada berjadual atau tidak berjadual untuk mengetahui keadaan yang sebenar-benarnya serta mendengar dan mendapatkan input secara terus dalam usaha menyelesaikan apa juga masalah atau isu yang ditimbulkan.

 

Sehubungan ini, Yang Berhormat menyeru khususnya pemimpin-pemimpin mengambil iktibar, pengajaran dan teladan daripada cara kepimpinan baginda ini dalam kita bersama-sama mentadbir urus dan menjalankan tanggungjawab masing-masing supaya kita lebih maju bergerak terus ke hadapan ke arah perkhidmatan yang lebih cemerlang dan dinamik untuk memajukan sosioekonomi negara ke arah yang lebih mapan dan berdaya tahan.

 

“Kaedah urus tadbir secara turun padang ini membolehkan kita mengetahui apa juga masalah atau isu yang sebenarnya serta mendapatkan 'feedback' daripada pegawai-pegawai bawahan dalam menyelesaikan apa juga masalah atau isu," ujar Yang Berhormat lagi.

 

Dalam hubungan itu, Yang Berhormat menyarankan supaya mengamalkan sikap keterbukaan dengan mudah atau mudah menerima fikiran-fikiran yang positif dan inovatif dari pegawai-pegawai bawahan dengan cara sedemikian ini sudah setentunya bukan sahaja mengeratkukuhkan lagi semangat berpasukan dan 'sense of belonging' tetapi ia boleh membantu penambahbaikan perkhidmatan dan pengurusan yang cemerlang dan efisien.

 

Menyentuh mengenai dengan penyediaan Rang Undang-Undang Anggaran Perbelanjaan Negara bagi Tahun 2023 / 2024 sebagaimana yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II pada 6 Mac 2023, jelas Yang Berhormat di mana anggaran hasil kerajaan bagi Tahun Kewangan 2023 / 2024 adalah diunjurkan berjumlah BND2.99 bilion.

 

“Manakala jumlah perbelanjaan bagi membiayai kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan termasuk membiayai perbelanjaan di bawah perbelanjaan yang diakui berjumlah BND5.96 bilion. Dari itu, kerajaan dianggarkan mengalami defisit berjumlah BND2.97 bilion," jelas Yang Berhormat.

 

Tegas Yang Berhormat ini adalah satu cabaran utama yang perlu diambil perhatian yang serius untuk ditangani. Dengan kedudukan kewangan seperti ini beliau penuh percaya dan sangat berkeyakinan pihak-pihak berkuasa dan berkepentingan khususnya Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta kementerian-kementerian, Government Linked Companies (GLC's) dan juga pihak-pihak yang berkenaan sangat bersungguh-sungguh berusaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan lagi berdaya tahan apatah lagi untuk mencapai Wawasan Brunei 2035.

 

“Berdepan dengan cabaran kedudukan defisit negara ini nyatanya, kita seharusnya sama ada di pihak sektor kerajaan atau swasta serta lapisan rakyat dan penduduk di negara ini hendaklah bersama-sama bergerak ke hadapan dengan lebih pantas, bersedia untuk berkorban dalam menghadapi cabaran ini.

 

“Kita semua hendaklah lebih kreatif, inovatif, serta mengubah 'mindset' ke arah yang lebih dinamik serta progresif, lebih dedikasi dan bersungguh-sungguh serta amanah dalam kita bersama-sama berusaha meningkatkan pertumbuhan dan mengembangluaskan lagi ekonomi negara pada masa ini dan di masa akan datang," ujar Yang Berhormat.

 

Pada ucapan penangguhan tersebut Yang Berhormat turut mencadangkan beberapa perkara seperti me'review' atau meneliti dan mengemas kini tatacara yang lebih signifikan untuk menarik lebih ramai lagi pelabur-pelabur asing FDI terutama yang berskala besar selain  meningkatkan produk yang lebih berskala besar bagi produk-produk yang telah pun berjaya dieksport ke luar negeri, di samping mengenal pasti produk yang berpotensi untuk dieksport dan dikembangluaskan bagi menembusi pasaran luar negeri.

 

Turut dicadangkan ialah prasarana yang disediakan hendaklah lengkap dan mencukupi untuk menggalakkan lebih ramai lagi Pengusaha-pengusaha Mikro, Kecil dan Sederhana berkecimpung dan mengembangluaskan lagi perniagaan dan perusahaan mereka.

 

Selain itu kata Yang Berhormat, pihak kerajaan hendaklah dan seharusnya lebih fokus dan mengutamakan perbelanjaan yang lebih menjana pertumbuhan ekonomi dan 'spinoff' yang berpotensi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di samping peruntukan kewangan hendaklah digunakan secara berhemah, berjimat cermat dan sekurang-kurangnya kita mestilah mengelakkan sebarang pembaziran.

 

“Kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan hendaklah juga mengenal pasti bersama-sama apakah cara atau pendekatan untuk meningkatkan hasil pendapatan negara mengikut bidang kuasa masing-masing dengan mengambil kira tidak membebankan mereka yang berpendapatan rendah.

 

“Seterusnya hasil pendapatan negara yang dikutip oleh agensi-agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan hendaklah dipastikan dikutip mengikut jadual yang ditetapkan.

 

“Mana-mana hasil kutipan yang tertunggak semestinyalah diusahakan untuk dijelaskan. Walau bagaimanapun cadangan-cadangan tersebut adalah tertakluk kepada penelitian yang terperinci oleh pihak-pihak yang berkenaan," ucap Yang Berhormat lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48