FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tadarus Al-Quran JPM Buka Tirai


 


 March 29th, 2023  |  07:31 AM  |   117 views

TUTONG

 

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini membuka tirai Majlis Tadarus sempena bulan Ramadan bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi, bertempat di Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kampung Sengkarai, di sini.

 

Majlis Tadarus ini dikelolakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

 

Hadir selaku ketua rombongan pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri, Jabatan Tenaga di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw.

 

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam), Awang Ajman bin Haji Meludin; Pemangku Setiausaha Tetap (Tenaga), Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra dan para pegawai serta kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Majlis didahului dengan penyampaian sumbangan wakaf berupa barang keperluan masjid yang disampaikan oleh Yang Mulia Timbalan Menteri, Jabatan Tenaga di JPM kepada Imam Tingkat I masjid tersebut, Awang Abdul Hafiy bin Yahya.

 

Majlis Tadarus dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan disusuli dengan Tadarus Al-Quran bermula dari Juzuk 1 yang dimulakan oleh ketua rombongan majlis. Majlis turut diberkati dengan bacaan Tahlil Arwah dan Doa Selamat.

 

Kemudian majlis disudahi dengan berbuka puasa serta menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib secara berjemaah.

 

Majlis Tadarus bagi JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya seterusnya akan diadakan pada Khamis, 30 Mac 2023, bertempat di Masjid Mohammad Jamalul Alam, Daerah Belait.

 

Majlis-majlis keagamaan pada bulan Ramadan seumpama ini adalah salah satu daripada aktiviti tahunan jabatan berkenaan bagi mengeratkan silaturahim antara pegawai dan kakitangan serta jemaah masjid dan penduduk kampung.

 

Selain itu, ia juga adalah bagi sama-sama menghidupkan dan menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini, serta merebut ganjaran pahala dan keberkatan yang dijanjikan Allah Subhanahu Wata'ala.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48