FacebookInstagramTwitterContact

 

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing           >>           Mexican Marigold Essential Oil Holds Potential As Powerful Natural Herbicide           >>           Medicinal Benefits Of Cinnamon           >>           Crocodile’s Head Pops Up In Puddle Outside Buckinghamshire Village           >>           You Wouldn’t Believe Some Of The Things Water Companies Find In UK’s Sewers           >>           'Buzzing' Rocket Valve Pushes 1st Astronaut Launch Of Boeing's Starliner Capsule To May 10           >>           Apple Pencil Pro adds squeeze, roll and haptic feedback to its bag of tricks           >>           Substack is trying to lure TikTok stars to its platform           >>           The UK's Ministry of Defence was hacked, and the country is reportedly blaming China           >>           United States Youth Keyrol Figueroa Signs Deal At Liverpool           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penyediaan Ekosistem Perniagaan Bagi Memacu Perkembangan Ekonomi Negara


 


 March 29th, 2023  |  08:21 AM  |   255 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Antara intipati titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) 1444H/2023M ialah berkenaan isu pengangguran.

 

Isu pengangguran perlu ditangani melalui pendekatan Whole of Government dan Whole of Nation, dan juga peranan sektor swasta khasnya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam mempergiatkan perkembangan ekonomi negara yang memerlukan penyediaan ekosistem perniagaan yang kondusif dan mesra pelanggan.

 

Menyentuh isu pengangguran dan keperluan bagi pencari kerja supaya diperkasa dengan kemahiran dan latihan yang diperlukan, Kementerian Pendidikan turut berperanan menerusi penyediaan program-program serta latihan-latihan kemahiran di institusi pengajian tinggi yang diselaraskan dengan keperluan industri semasa dan akan datang.

 

Ini termasuklah mengukuhkan kerjasama antara institusi pengajian dan industri-industri setempat serta pihak-pihak berkepentingan khususnya Manpower Planning and Employment Council (MPEC).

 

Perkara itu antara yang ditekankan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh dalam ucapan penangguhannya yang disampaikan pada hari terakhir Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini pagi tadi.

 

“Bagi tujuan untuk menggalakkan pembangunan usahawan di kalangan belia negara ini, Kementerian Pendidikan menerusi Pusat Keusahawanan Inovasi, adalah berperanan untuk menerapkan unsur-unsur keusahawanan di semua peringkat persekolahan.

 

“Ia dilaksanakan menerusi pengajaran mata pelajaran - mata pelajaran berkaitan di peringkat Pendidikan Teras serta penyediaan program-program kemahiran keusahawanan di peringkat pengajian tinggi.

 

“Usaha sedemikian diharap menjunjung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai kepentingan pembangunan dan pengupayaan PMKS dalam menggerakkan aktiviti perekonomian negara ini," terang Yang Berhormat Datin.

 

Sehubungan itu katanya, Kementerian Pendidikan amatlah menghargai dan terus mengharapkan kerjasama padu dari para ibu bapa, penjaga, dan masyarakat umum dalam sama-sama berganding bahu khasnya dengan para guru di negara ini ke arah meraih kejayaan bersama anak-anak kitani sebagai generasi penerus yang berpendidikan tinggi, berkemahiran dan berjaya.

 

Yang Berhormat juga dalam ucapannya mengambil kesempatan menyatakan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dengan sentiasa menanamkan sifat sabar serta penuh dedikasi dalam melaksanakan amanah sebagai seorang insan bergelar guru.

 

Terdahulu, Yang Berhormat Menteri Pendidikan merafakkan nikmat keamanan dan kesejahteraan ini juga merupakan manifestasi iltizam dan kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menerajui pembangunan negara, dan membawa kepelbagaian perubahan besar dalam banyak bidang berkeutamaan khususnya ugama, keselamatan, pendidikan, dan juga pembangunan sosioekonomi.

 

Yang Berhormat juga merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua dalam mengepalai permuzakarahan, memberikan pandangan dan saranan yang bernas serta luas mengenai perkara-perkara strategik merentasi semua bidang-bidang berkepentingan negara, dan juga kepada Yang Dimuliakan Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis serta pegawai-pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam memastikan keberkesanan tadbir urus dan kelancaran di sepanjang permesyuaratan pada tahun ini.

 

“Begitu juga kepada rakan-rakan seperjawatan serta Ahli-ahli Yang Berhormat Yang Dilantik, kaola / saya menghargai sepenuhnya atas keprihatinan mendalam serta saranan dan pandangan terhadap isu-isu yang sangat bermakna kepada Kerajaan khasnya berkaitan sektor Pendidikan termasuklah kepentingannya kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk yang bernaung di bumi Brunei Darussalam ini," jelas Yang Berhormat Datin.

 

Apa yang pasti tema belanjawan 'Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur' memfokuskan kepada tiga keutamaan, dan natijahnya setiap yang disuarakan dalam dewan ini jelas Yang Berhormat Datin, ternyata telah mengilhamkan khususnya Kementerian Pendidikan untuk terus mengukuhkan cara kerjanya, di samping memberikan nilai tambah kepada usaha-usaha pihak kerajaan serta menjadi sandaran bagi penelitian ke atas rancangan-rancangan yang sedang dan akan dilaksanakan nanti.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing

 2024-05-08 09:13:10

Nintendo Switch 2: Official Announcement Promised Within Next Year

 2024-05-08 07:15:56