FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           'Operasi Kabat'           >>           Seoul International Travel Fair           >>           Leaves for Republic Of Singapore           >>           Hari Raya Goodwill Visit           >>           Media Conference on Voting and Election for Village Head Candidates           >>           ICT Workshop           >>           Express Mail Service Cooperative Customer Care Award           >>           Goodwill Visit           >>           Announce Appointment           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Manfaatkan Inovasi Tangani Krisis


 


 March 29th, 2023  |  08:24 AM  |   108 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dalam ucapan penangguhannya pada hari terakhir Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini menekankan secara ringkas beberapa perkara yang telah disampaikannya dalam Ucapan Mukadimah pada hari ke-14 yang lalu.

 

Yang Berhormat menyuarakan beberapa pendapat atau 'reflection' daripada perkara-perkara yang boleh diambil sebagai satu dorongan atau motivasi ke arah melahirkan warga Brunei yang mempunyai tahap kesihatan yang cemerlang dan mengecapi kualiti kehidupan yang tinggi, sebagaimana yang dihasratkan dalam Wawasan Brunei 2035.

 

Pertama, menurut Yang Berhormat meninjau pengalaman semasa menangani Pandemik COVID-19 di mana kesedaran mengenai kesihatan awam dan pentingnya terhadap keselamatan diri dan orang-orang di sekeliling, terus memuncak, yang mana kesan krisis ini tidak hanya terhad kepada kesihatan sahaja, tetapi juga dari segi ekonomi.

 

“Secara jujurnya, kaola melihat bahawa krisis ini telah menzahirkan beberapa ruang untuk pembaikan bukan sahaja dalam sistem kesihatan negara malah juga dari segi kemampuan dan kesiapsiagaan negara dalam mengatur respons terhadap ancaman-ancaman yang boleh membahayakan dan menjejaskan keselamatan negara dan penduduk," ujarnya.

 

Dengan sumber-sumber yang kita miliki jelas Yang Berhormat lagi, kita perlu berfikiran lebih jauh dan terbuka dalam memanfaatkan inovasi pada masa kita menangani krisis dan dalam memastikan kelangsungan pengoperasian perkhidmatan yang semakin mencabar demi menjaga kesejahteraan rakyat.

 

“Rasanya kita tidak boleh lagi meneruskan 'business as usual' tanpa membuat beberapa anjakan paradigma dalam corak pemikiran dan cara kita bekerja. Ini sudah setentunya akan memerlukan pelaburan yang lebih strategik, berdaya tahan dan kos-efektif," terangnya.

 

Dan seterusnya pendekatan dalam pembangunan negara yang bukan sahaja difokuskan bagi menjangkaui kemajuan ekonomi dan kekayaan material sahaja, malah harus disukat atau mengambil kira nilai-nilai yang tidak ketara yakni 'intangible values' seperti pembangunan moral, sosial, kerohanian masyarakat, dan kejayaan yang hanya akan dapat disaksikan dalam jangka masa panjang, terutama sekali pencapaian matlamat strategik Wawasan Brunei 2035.

 

Menurut Yang Berhormat, kesihatan fizikal dan mental yang baik bagi segenap lapisan masyarakat perlu menjadi salah satu agenda berpanjangan dalam strategi pembangunan negara.

 

Terdahulu Yang Berhormat menyembahkan setinggi menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas kepimpinan, kewibawaan dan kebijaksanaan Baginda sebagai tampok pentadbiran negara dan memastikan kekukuhan dan integriti dalam tadbir urus kerajaan sentiasa terpelihara dan mengikut landasan yang diredai oleh Allah Subhanahu Wata'ala jua.

 

Yang Berhormat juga turut melahirkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan warga Jabatan Majlis Mesyuarat-Mesyuarat Negara serta seluruh pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam memastikan permesyuaratan pada tahun ini berlangsung dengan baik dan teratur, selain ucapan penghargaan buat semua Ahli-ahli Yang Berhormat Yang Dilantik yang ikut serta membahaskan Belanjawan Kementerian Kesihatan dengan penuh bertenaga dan keprihatinan.

 

“Pada Kaola, perbahasan yang telah berlangsung itu mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk membisaikan dan mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan di negara 'kitani' ini," ujar Yang Berhormat sebelum mengakhiri ucapannya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30