Home > Bahasa Melayu
Mesyuarat Bincang Format Sambutan Hari Kebesaran Islam
March 29th, 2023 | 08:29 AM | 268 views
BERAKAS
Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah diadakan hari ini bertempat di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah.
Agenda mesyuarat tersebut membincangkan format dan tema sambutan, tarikh dan tempat mengadakan majlis dan pengisian atur cara serta perkara-perkara yang berhubung kait dengan Sambutan Majlis Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan sepanjang Tahun 1445 Hijrah.
Mesyuarat juga membincangkan cadangan-cadangan baharu bagi Nama Majlis dan Pengisian Acara Sambutan.
Adalah menjadi harapan pihak jawatankuasa agar Sambutan Majlis Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan sepanjang tahun 1445 Hijrah lebih teratur dan sempurna.
Malah ia juga diharap, sambutan diisi dengan acara bermanfaat boleh mengasuh dan memupuk semangat cintakan Allah, cintakan Rasul-Nya, cintakan agama dan raja dalam kalangan seluruh rakyat dan penduduk dan seterusnya menambahkan lagi keimanan kepada umat Islam khususnya di negara ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]