Home > Bahasa Melayu
MOFE Bertahlil Di Kubah Makam Diraja
March 30th, 2023 | 07:11 AM | 161 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bulan Ramadan Al-Mubarak ini terus disemarakkan lagi dengan Majlis Membaca Yaa Siin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja daripada pelbagai pihak kementerian dan jabatan kerajaan.
Hari ini, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) serta jabatan-jabatan di dalamnya mengadakan Majlis Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam; Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman; dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah sempena bulan Ramadan 1444 Hijrah.
Hadir menyertai rombongan kementerian berkenaan di sini, Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid.
Turut hadir, Pemangku Setiausaha Tetap (Fiskal I), Awang Haji Asrul Adrain bin Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Haji Ahmad; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Industri), Awang Mohammad Harris bin Brigadier Jeneral (Rtd) Dato Paduka Haji Ibrahim; ketua-ketua jabatan dan bahagian; pegawai dan kakitangan lelaki yang beragama Islam dari MOFE serta jabatan-jabatan di dalamnya.
Bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil beramai-ramai dipimpin oleh Pegawai Pemantau Zon 4, Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Haji Mohd Hafizuddin bin Pengiran Haji Abu Bakar.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]