FacebookInstagramTwitterContact

 

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing           >>           Mexican Marigold Essential Oil Holds Potential As Powerful Natural Herbicide           >>           Medicinal Benefits Of Cinnamon           >>           Crocodile’s Head Pops Up In Puddle Outside Buckinghamshire Village           >>           You Wouldn’t Believe Some Of The Things Water Companies Find In UK’s Sewers           >>           'Buzzing' Rocket Valve Pushes 1st Astronaut Launch Of Boeing's Starliner Capsule To May 10           >>           Apple Pencil Pro adds squeeze, roll and haptic feedback to its bag of tricks           >>           Substack is trying to lure TikTok stars to its platform           >>           The UK's Ministry of Defence was hacked, and the country is reportedly blaming China           >>           United States Youth Keyrol Figueroa Signs Deal At Liverpool           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


3,807 Anak Yatim Terima Sumbangan Derma


 


 March 30th, 2023  |  07:15 AM  |   174 views

BERAKAS

 

Seramai 3,807 orang anak yatim yang berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menerima sumbangan derma yang dihulurkan melalui gabungan Tabung Anak-anak Yatim JAPEM, Tabung Dana Anak Yatim Daerah Brunei Muara dan sumbangan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) pada tahun ini.

 

Daripada jumlah berkenaan, seramai 2,456 orang adalah anak yatim yang berdaftar di Daerah Brunei dan Muara; 594 orang anak yatim berdaftar di Daerah Tutong; 584 orang anak yatim berdaftar di Daerah Belait; dan 173 orang anak yatim yang berdaftar di Daerah Temburong.

 

Sehubungan itu, Majlis Penyampaian Derma Kepada Anak-anak Yatim Peringkat Kebangsaan yang dikelolakan oleh KKBS melalui JAPEM dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan BIBD berlangsung hari ini di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 

Jumlah sumbangan yang dihulurkan melalui Tabung Anak-anak Yatim JAPEM adalah sebanyak BND380,700.

 

Manakala, Tabung Anak Yatim Daerah Brunei Muara menyumbang sejumlah BND57,105 dan sumbangan BIBD berjumlah BND190,350.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi menyempurnakan penyampaian derma berkenaan, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

 

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap KKBS serta Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

 

Majlis juga dihadiri oleh wakil Pengerusi Lembaga Pengarah BIBD, iaitu Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri; Ketua Perbankan Swasta BIBD, Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yussoff bin Pengiran Haji Bahar; Ketua Bahagian Perhubungan Kerajaan dan Projek Khas BIBD, Haji Mohammad Yusri bin Haji Wahsalfelah; dan Timbalan Pengarah Urusan BIBD, Hajah Noraini binti Haji Sulaiman.

 

Laungan ayat-ayat suci Al-Quran dibacakan oleh penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Hassanil Muhtadi Al-Siddiqi bin Drs. Haji Ismuhadi dan terjemahannya dibacakan oleh Awang Chik Akbar @ Dimas bin Ahmad Hilmi memulakan majlis.

 

Diikuti dengan bacaan Tahlil, Doa Arwah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar, Awang Muhammad Tsuufiy bin Haji Abdul Wahab.

 

Majlis seterusnya menyaksikan penyampaian Skim Hadiah Galakan Pelajar Cemerlang BIBD kepada 14 orang anak yatim, iaitu dua pelajar menerima anugerah kewangan setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peringkat GCE 'O' Level; sembilan orang pelajar lagi menerima anugerah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei pada tahun 2022 manakala tiga lagi pelajar menerima hadiah bagi pencapaian mereka dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR).

 

Hadiah-hadiah berkenaan disampaikan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD.

 

Majlis diteruskan dengan penyampaian sampul-sampul derma kepada wakil Pegawai-pegawai Daerah bagi anak-anak yatim di daerah masing-masing.

 

Tarikh bagi Majlis Penyerahan Derma di daerah-daerah lain akan dimaklumkan kemudian.

 

Majlis berkenaan akan diadakan secara serentak, iaitu bertempat di Pusat Insani, Seria bagi anak-anak yatim di Daerah Belait; Kompleks Sukan Tutong bagi anak-anak yatim di Daerah Tutong; dan Dewan Utama Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar bagi anak-anak yatim di Daerah Temburong.

 

Urus Setia Tabung Anak-anak Yatim sangat mengalu-alukan sumbangan derma daripada orang ramai bagi sama-sama menghulurkan bantuan kewangan kepada anak-anak yatim yang berdaftar di bawah pendaftaran kebangsaan.

 

Sumbangan derma berkenaan bolehlah dihulurkan melalui kaedah berikut, iaitu Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Tingkat 2, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa waktu pejabat sahaja atau melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Brunei Prihatin untuk Tabung Anak-anak Yatim yang berlangsung selama tiga bulan mulai 17 Mac 2023 hingga 17 Jun 2023 dengan menaip YATIM (tanpa jarak) dan diikuti dengan jumlah yang hendak didermakan, iaitu, 1, 5, 10, 15, 20, 50 atau 100. Sebagai contoh YATIM20 (bagi derma berjumlah BND20) dan hantar kepada 38111 bagi pelanggan DST dan Progresif dan bagi pelanggan Imagine hantar kepada 39999.

 

Di samping itu, sumbangan juga boleh dihulurkan melalui BIBD 'online' atau memasukkan derma ke nombor akaun 0000-101-004-9034 di bawah nama akaun 'Tabung Anak-anak Yatim'.

 

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak, JAPEM di talian +673 2380704 pada waktu pejabat atau menghubungi Talian Kebajikan 141 atau Talian ANAK 121 pada bila-bila masa.

 

Mudah-mudahan dengan adanya sumbangan daripada orang ramai akan dapat membantu anak-anak yatim dalam menyambut bulan Syawal yang mulia selain meraih pahala yang berlipat ganda di bulan Ramadan yang penuh keberkatan sekali gus untuk mendapat keredaan dari Allah Subhanahu Wata'ala.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing

 2024-05-08 09:13:10

Nintendo Switch 2: Official Announcement Promised Within Next Year

 2024-05-08 07:15:56