Home > Bahasa Melayu
Penutupan Pusat Vaksinasi Di Pusat Kesihatan Berakas
March 31st, 2023 | 09:49 AM | 180 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa Pusat Vaksinasi COVID-19 di Pusat Kesihatan Berakas akan ditutup sepenuhnya mulai 1 April 2023.
Orang ramai yang ingin mendapatkan suntikan COVID-19 bolehlah menghadirkan diri ke pusat-pusat kesihatan di kawasan tadahan masing-masing atau membuat perjanjian melalui aplikasi BruHealth.
Walau bagaimanapun, bagi kanak-kanak yang berumur 5 tahun, mereka akan diberikan perjanjian suntikan COVID-19 melalui Klinik Kesihatan Anak (Child Health Clinic) mereka masing-masing.
Untuk makluman bersama juga, jarak di antara dos kedua atau ketiga dan dos penggalak (booster) vaksinasi COVID-19 adalah enam bulan.
Bagi individu yang telah mendapat jangkitan COVID-19, dos penggalak hanya dapat diberikan enam bulan dari tarikh disahkan positif.
Bagi sebarang maklumat lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman 'web' Kementerian Kesihatan di 'www.moh.gov.bn' atau melalui media sosial rasmi Kementerian Kesihatan di '@mohbrunei' atau menghubungi Talian Darussalam 123.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]