FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ringankan Beban Keluarga Kurang Bernasib Baik


 


 March 31st, 2023  |  09:50 AM  |   145 views

BELAIT

 

Bank Baiduri menganjurkan Kempen Let's Give Back This Ramadan iaitu dengan mengadakan aktiviti membeli-belah dan berbuka puasa bersama 10 buah keluarga yang kurang berkemampuan di Daerah Belait, baru-baru ini.

 

10 buah keluarga yang terpilih tersebut merupakan keluarga-keluarga yang dikenal pasti melalui Kementerian Pendidikan bagi menyertai inisiatif tersebut.

 

Pada tahun ini, Let's Give Back This Ramadan dikendalikan bersama Setia Motors sebagai rakan kongsi logistik untuk acara tersebut.

 

Inisiatif mengadakan Let's Give Back This Ramadan ini bagi meringankan beban keluarga yang kurang bernasib baik di keempat-empat daerah dengan membawa mereka membeli-belah barang-barang keperluan rumah dan barang asasi dalam persediaan persiapan menjelang Hari Raya.

 

Acara ini telah diadakan di Soon Leen, Pandan, Kuala Belait dan seterusnya Majlis Berbuka di Hotel V Plaza.

 

Hadir pada acara di tersebut ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Baiduri, Pengiran Azaleen PD Haji Mustapha dan Pengurus Sumber Manusia di Setia Motors, Ramli bin Ahad. Turut hadir, Ketua Perbankan Runcit, Bank Baiduri, Lim Kian Chiong.

 

“Kami mengiktiraf kepentingan memberi kembali dan membantu mereka yang kurang bernasib baik. Kami berbangga dapat membantu keluarga yang kurang bernasib baik ini pada bulan yang mulia ini," kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Baiduri, Pengiran Azaleen PD Haji Mustapha.

 

“Adalah penting untuk menyedari bahawa sedikit bantuan, boleh membuat perubahan besar kepada orang lain. Ini adalah peringatan yang baik tentang betapa kita harus bersyukur dengan kehidupan seharian kita," kata Pengurus Sumber Manusia di Setia Motors, Awang Ramli bin Ahad.

 

Let's Give Back Ramadan ini adalah sebahagian daripada usaha yang lebih meluas oleh Bank Baiduri untuk menyokong masyarakat melalui pelbagai inisiatif, termasuk kesihatan kewangan, keusahawanan dan kelestarian alam sekitar.

 

Acara seterusnya akan diadakan pada Rabu, 5 April 2023 untuk keluarga kurang berkemampuan di Hua Ho, Petani Mall di Daerah Tutong.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai usaha CSR Bank Baiduri, bolehlah melayari laman sesawang Bank Baiduri di 'www.baiduri.com' atau ikuti akaun media sosial Bank Baiduri.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07