Home > Bahasa Melayu
Pelajar Cemerlang SM YSHHB Diraikan
March 31st, 2023 | 09:51 AM | 134 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai 55 daripada 78 pelajar, iaitu 70.5 peratus pelajar Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SM YSHHB) berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya 5 'O' dalam Peperiksaan BC GCE 'O' Level pada tahun 2022.
Daripada jumlah tersebut, 36 pelajar iaitu 46 peratus pelajar telah mendapat sekurang-kurangnya 8 O'level.
Perkara tersebut dijelaskan oleh Pengetua SM YSHHB, Chong Li Chen semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya pada Majlis Anugerah Akademik bagi BC-GCE 'O' Level Tahun 2022 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, SM YSHHB, di sini.
Menurutnya lagi, 100 peratus pelajar ekspres dari SM YSHHB berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya 6 hingga 9 kredit dalam pelbagai mata pelajaran (subjek).
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil dan anugerah kepada para pelajar, Penolong Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), Awang Abdullah@Dollah bin Haji Ahad.
Atur cara dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan Lagu Rasmi SM YSHHB, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai.
Acara juga turut diisikan dengan ucapan yang disampaikan oleh wakil pelajar, Dayang Farahiyah binti Abdul Gapar yang berjaya mendapat keputusan 9 A's dengan 3A*.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]