Home > Bahasa Melayu
Kerja-Kerja Pemindahan Perangkap Ikan
March 31st, 2023 | 09:52 AM | 144 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam (MPABD) ingin memaklumkan kepada para pelaut bahawa kerja-kerja pemindahan perangkap ikan (bubu) untuk dikeluarkan daripada kawasan yang berhampiran dengan zon keselamatan bermula pada 8 Februari sehingga 8 April 2023.
Sehubungan itu, Stesen Radio Kuala Belait, MPABD menyiarkan amaran radio navigasi melalui Radio Marin VHF Saluran 16.
Kapal akan membunyikan semboyan hon bagi mana-mana kapal yang menghampirinya.
Oleh itu, para pelaut terutamanya kepada para nelayan tempatan adalah dikehendaki menjauhi diri daripada kawasan yang terlibat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]