Home > Bahasa Melayu
Talian Telefon Pusat Kesihatan Berakas Alami Masalah Teknikal
March 31st, 2023 | 09:55 AM | 127 views
BERAKAS
Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai talian telefon di Pusat Kesihatan Berakas, iaitu +673 2340251 dan +673 2340228 pada masa ini tidak dapat dihubungi kerana mengalami gangguan masalah teknikal dan sedang diperbaiki.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghubungi Pusat Kesihatan Berakas bolehlah menghubungi di talian +673 2333991 (hotline), +673 2340257, +673 2340348 dan +673 2340252 semasa waktu pejabat.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123 atau layari laman sesawang 'www.moh.gov.bn' atau mengikuti media sosial '@mohbrunei'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]