FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mesyuarat Pengerusi ACMF Ke-38 Diadakan Di Yogyakarta


 


 March 31st, 2023  |  09:56 AM  |   136 views

INDONESIA

 

ASEAN Capital Markets Forum (ACMF) baru-baru ini mengadakan Mesyuarat Pengerusi ACMF Ke-38 yang dianjurkan oleh Indonesia Financial Services Authority (Otoritas Jasa Kewangan / OJK).

 

Mesyuarat berkenaan berlangsung dalam format hibrid dengan perjumpaan secara bersemuka diadakan di Yogyakarta, Indonesia.

 

ACMF menantikan ASEAN Taxonomy Board bagi ASEAN Taxonomy for Sustainable Finance Version 2 dilancarkan, menjelang akhir bulan Mac 2023.

 

ACMF menyampaikan ucapan terima kasih atas kerja-kerja Lembaga Taksonomi ASEAN dan akan terus menyokong pembangunan selanjutnya bagi Taksonomi ASEAN kerana ia melengkapkan kriteria penapisan teknikal, sektor tumpuan Taksonomi secara berperingkat.

 

Mesyuarat tersebut bersetuju untuk meneruskan dalam menggalakkan peralihan ke arah Matlamat Perjanjian Paris di rantau ini dengan meningkatkan prinsip lembaga - berdasarkan kepada garis panduan peralihan, mengambil kira amalan terbaik daripada panduan berkaitan sedia ada, yang paling sesuai.

 

Garis panduan berkenaan bertujuan untuk membantu syarikat dalam membangunkan komunikasi dan mengekalkan ketelusan rancangan dan usaha peralihan mereka.

 

Mengiktiraf peranan pasaran karbon dalam mempercepatkan peralihan sifar bersih, ACMF memulakan kajian Voluntary Carbon Market (VCM) Fasa satu pada tahun lepas dan mesyuarat berkenaan bersetuju untuk memulakan kajian VCM Fasa dua untuk meneroka jalan VCM ke hadapan, memfokuskan kepada pendedahan dan aspek berkaitan peralihan.

 

Kerja mengenai garis panduan pendedahan peralihan dan VCM akan diselesaikan di bawah inisiatif kewangan mampan, antara ACMF dan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Pasaran Modal (WC-CMD).

 

Dalam mempromosikan pendedahan kemampanan korporat, dan membina kesedaran tentang piawaian International Sustainability Standards Board (ISSB) yang akan datang, ACMF bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dengan ISSB dengan mengadakan sesi penglibatan tetap dan acara / persidangan bersama, mengutamakan program pembinaan kapasiti, dan meneroka potensi untuk kerjasama ACMF-ISSB masa hadapan untuk menggalakkan pendedahan kemampanan yang berterusan dan setanding di seluruh ASEAN.

 

Sebagai sebahagian daripada sesi penglibatan biasa, ISSB menyediakan kemas kini kepada mesyuarat mengenai rancangan pembangunan standard dan pembangunan kapasiti ISSB.

 

Mesyuarat berkenaan mengesahkan Hab Pengetahuan Kewangan Mampan (Sustainable Finance Knowledge Hub) yang sedang dibangunkan, berfungsi sebagai pusat sehenti untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik peserta tentang isu berkaitan kewangan mampan.

 

Selepas pelancarannya yang disasarkan pada akhir bulan Mac 2023, hab pengetahuan berkenaan akan boleh diakses di halaman utama laman web ACMF.

 

Mesyuarat berkenaan meluluskan pendekatan untuk membangunkan ASEAN Green Lane untuk memudahkan penawaran rentas sempadan bagi dana ASEAN yang mampan dan bertanggungjawab di bawah Rangka Kerja ASEAN CIS sedia ada dengan garis masa pengesahan, dijangka pada bulan September 2023.

 

Di bawah piawaian ASEAN Green, Sosial dan Sustainability Bond Standards yang diperkenalkan pada tahun 2017 dan 2018, setakat 15 Mac 2023, sejumlah AS$38.06 bilion ASEAN-labelled Green, sosial atau Sustainable Bond / Sukuk telah diterbitkan.

 

Dalam meningkatkan kualiti amalan tadbir urus korporat dalam kalangan syarikat awam ASEAN tersenarai, mesyuarat meluluskan cadangan rancangan untuk menyemak ASEAN Corporate Governance Scorecard (ACGS), yang menggabungkan, antara lain, tadbir urus berkaitan kemampanan untuk mensejajarkan peningkatan yang dijangkakan kepada G20/OECD Principle of Corporate Govermance. ACGS yang disemak dijangka akan diluluskan pada bulan September 2023.

 

Mengiktiraf kepentingan penyeliaan aset digital, mesyuarat meneruskan kerja rangkaian pengawasan dengan bertukar-tukar pengalaman dan kemas kini terkini, mengenai dasar dan rangka kerja kawal selia untuk aset digital.

 

Kemas kini terkini dari Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand dikongsikan pada mesyuarat berkenaan.

 

Mesyuarat berkenaan mengambil maklum tentang pelan kerja pembinaan kapasiti yang dipertingkatkan di bawah Program Pembangunan Pasaran ACMF (ACMF Market Development Programme) yang akan merangkumi program peminjaman dan program latihan dalam kalangan ahli dan kerjasama dengan pihak luar.

 

ACFM merakamkan ucapan terima kasih kepada Asian Development Bank (ADB) atas sokongannya dalam menyediakan ACMF dengan bantuan teknikal serta bimbingan pakar untuk memupuk pembangunan pasaran modal di seluruh rantau ASEAN.

 

ACMF juga mengucapkan terima kasih kepada Sustainable Finance Institute Asia (SFIA) dan Kumpulan Kerja Panel Penasihat Industri di bawah Joint Sustainable Finance Working Group (JSFWG) atas sokongan dan usaha berterusan mereka dalam membangunkan pasaran modal mampan ASEAN.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07