FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sumbangan Derma Ringankan Beban Anak Yatim


 


 March 31st, 2023  |  09:59 AM  |   156 views

SERASA

 

Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kapok dan Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Kapok mengadakan Majlis Makan Arwah Sekampung dan Majlis Penyerahan Derma Anak-anak Yatim, yang berlangsung di masjid berkenaan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pegawai Daerah Brunei dan Muara,Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, disusuli dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil yang dipimpin oleh Ketua Imam Masjid Kampung Kapok, Mohammad Rafi bin Duming.

 

Manakala, Imam masjid berkenaan, Haji Mohd. Afdillah bin Haji Mohd. Yusof, mengetuai bacaan Doa Arwah.

 

Ketua Kampung Kapok, Awang Shahminan bin Haji Abd. Rahman, dalam ucapannya berkata, kutipan tabung derma untuk anak-anak yatim berkenaan dibuat dengan dua cara yang berasingan.

 

“Bagi penduduk kampung, ia mula dibukakan pada 7 Mac hingga 24 Mac 2023 dengan cara mengagihkan Borang Penyertaan kepada penduduk kampung dan terkumpul sebanyak BND6,944.

 

“Sementara kutipan tabung derma anak-anak yatim di masjid dibukakan pada 18 Disember 2022 hingga 18 Mac 2023 selama tiga bulan dengan cara meletakkan tabung berkunci di dalam masjid dan terkumpul sebanyak BND6,208," jelasnya.

 

Kedua-dua kutipan berkenaan tambah beliau, berjaya mengumpul sebanyak BND13,152 dan akan dibahagikan kepada 16 orang anak yatim, iaitu setiap seorang mendapat sebanyak BND822.

 

Tetamu kehormat majlis seterusnya menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim yang terdiri daripada penduduk Kampung Kapok.

 

Majlis berkenaan diadakan antara lain bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan Ahli Jawatankuasa (AJK) MPK Kapok, AJK Takmir Masjid Kampung Kapok dan khususnya para penduduk kampung berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07