FacebookInstagramTwitterContact

 

US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Ghanaians Party Big Time With Medikal At London O2 Concert           >>           North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger           >>           Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Johan-Johan Cabaran STEM Dan Inovasi Reka Bentuk Diraikan


 


 March 31st, 2023  |  10:21 AM  |   188 views

TUNGKU LINK

 

Pasukan Synergy06 dari Sekolah Menengah Tanjong Maya dan Panglima Kilat dari Universiti Teknologi Brunei (UTB) muncul johan masing-masing bagi Kategori Formula One Junior Class dan Senior Class pada Cabaran STEM dan Inovasi Reka Bentuk Peringkat Kebangsaan Ke-5, 2022-2023.

 

Naib johan bagi Junior Class disandang oleh Turbo dari Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar manakala pasukan Kaminari dari UTB pula menduduki naib johan bagi Senior Class.

 

Tempat ketiga pula diraih oleh pasukan Propulsion dari Sekolah Menengah Sayyidina Ali bagi Junior Class dan MaxVelocity dari IBTE Kampus Mekanikal meraih tempat ketiga bagi Senior Class.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, berlangsung di Dewan Serbaguna, UTB.

 

Sementara itu, Synergy06 juga berjaya menerima Best Verbal Presentation dan Best Engineered Car (Kategori Junior Class) manakala Panglima Kilat juga diumumkan sebagai penerima Best Verbal Presentation, Best Analysis dan Best Engineered Car.

 

Pada majlis tersebut, pasukan Turbo dan Khalifah Racing Team (Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab) juga memenangi anugerah Knockout Champion.

 

Terdahulu, Ketua Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP), Kementerian Pendidikan, Dayang Hajah Suriani binti Haji Noor Hashim dalam ucapannya berkata, Pusat STEP berharap agar penyertaan peserta dari sekolah-sekolah dan pelajar-pelajar akan terus meningkat di masa akan datang kerana program ini dipercayai dapat menanam minat para pelajar untuk mencurahkan idea-idea bernas dari aspek Design and Technology iaitu melukis, mereka bentuk kereta, pembuatan kereta, analisis dan menghasilkan Kereta Mini F1 yang berkualiti.

 

Dalam masa yang sama, jelasnya, pelajar-pelajar didedahkan kepada kemahiran Enterprise  seperti mencari tajaan bagi barang-barang seperti pembuatan baju, 3D 'printed components', bearing kereta, makanan, minuman dan bermacam-macam lagi.

 

“Justeru itu juga, saya sangat berharap melalui program cabaran ini, pelajar-pelajar akan dapat menanam minat terutama sekali dalam bidang kejuruteraan (engineering) dan akan terus meningkatkan kapasiti dan kemahiran diri masing-masing," ujar beliau.

 

Cabaran STEM dan Inovasi Reka Bentuk adalah pertandingan tahunan kebangsaan yang dibukakan kepada sekolah-sekolah menengah kerajaan, institusi vokasional, teknikal dan pengajian tinggi, yang telah dibekalkan dengan peralatan mesin-mesin DENFORD bagi pembuatan replika Kereta Mini F1.

 

Pada tahun ini, sebanyak 23 pasukan dari 13 buah sekolah menengah, dua Pusat Tingkatan Enam dan dua institusi pengajian tinggi telah mendaftar untuk menyertai cabaran ini.

 

Pertandingan tersebut juga memberikan peluang kepada para peserta untuk bersaing menggunakan kemahiran-kemahiran Abad Ke-21 dalam versi akademik Formula 1 (F1).

 

Dengan memanfaatkan proses reka bentuk dan seni kreatif yang mereplikasikan kereta F1 sebenar, pelajar dicabar untuk menghasilkan Kereta Mini F1 melalui penggunaan Computer Aided Design (CAD) software seperti Autodesk Inventors.

 

Manakala Computer Aided Manufacturing (CAM) adalah seperti mesin-mesin DENFORD dan 3D printer. Di samping itu juga, penggunaan 'analysis software' juga dihasilkan iaitu Computational Fluid Dynamics (CFD) Ultimate atau Autodesk Flow untuk dibandingkan hasil kerja tersebut dengan penggunaan 'physical simulation' seperti Wind Tunnel dan Smoke Tunnel.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah ketua-ketua jabatan, di Kementerian Pendidikan, Naib Canselor, ketua-ketua kluster, para pemimpin sekolah dan guru-guru fokal serta pelajar-pelajar yang menyertai cabaran tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07