FacebookInstagramTwitterContact

 

Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           Brunei International Wushu Championship, Morning           >>           Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mantapkan Ketakwaan Dengan Berpuasa, Fahami Maknanya


 


 March 31st, 2023  |  10:22 AM  |   162 views

TEMBURONG

 

Allah Subhananhu Wata'ala mengingati seluruh umatnya bahawa berpuasa di bulan Ramadan merupakan tanda bagi orang-orang yang beriman dan berpuasa itu meningkatkan ketakwaan kita di sisinya.

 

Juga penting adalah memahami bahawa makna puasa bukanlah setakat menahan lapar dan dahaga.

 

Sedemikian antara yang disampaikan dalam tazkirah bertajuk 'Puasa Bukti Keimanan Untuk Memantapkan Ketakwaan' disampaikan oleh Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Unversiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Mohd. Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk.

 

Tazkirah pendek itu merupakan sebahagian dari acara yang diadakan untuk menyerikan Majlis Iftar Jama'ie yang dianjurkan oleh KUPU SB di Balai Ibadat Kampung Sibut, Temburong, hari ini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar. Turut hadir ialah pegawai-pegawai utama, para pensyarah dan kakitangan serta mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB.

 

Semasa menyampaikan tazkirah, Dr.Haji Mohd Shahrul Azmi juga mengkongsikan salah satu cara untuk meningkatkan ketakwaan ialah dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan melakukan amalan ibadah lain seperti berzikir, sedekah dan sebagainya.

 

Turut dijelaskan kepentingan memahami makna berpuasa, bukan sahaja bagi menahan lapar dan dahaga melainkan kita diperlukan untuk meningkatkan amal ibadah berdasarkan hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud, ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa pun melainkan lapar dan dahaga sahaja. Justeru, perkara tersebut perlu dihindari kerana ia merupakan satu kerugian yang amat besar.

 

Pada awalnya, Majlis Iftar Jama'ie dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis diikuti dengan doa.

 

Acara diteruskan dengan bacaan Al-Quran secara beramai-ramai yang diketuai oleh mahasiswa KUPU SB, Awang Muhammad Hafiq Fakhry bin Haji Affendy Buang sebelum tazkirah pendek disampaikan oleh Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUPU SB.

 

Kemudian, majlis diteruskan dengan Tadarus Al-Quran dengan bacaan Juz 12 beramai-ramai dan doa selepas membaca Al-Quran dipimpin oleh Awang Muhammad Haazim bin Hasbollah.

 

Turut diadakan juga penyampaian barang wakaf berupa kerusi sila bagi kegunaan jemaah di balai ibadat berkenaan, diikuti berbuka puasa beramai-ramai bersama dengan penduduk Kampung Sibut yang hadir dan diteruskan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah sehingga Sembahyang Sunat Witir.

 

Aktiviti Tadarus Al-Quran sepanjang Ramadan, Iftar Jama'ie dan Barakah Ramadan di bawah Program Ihya Ramadan 2023 merupakan amal jariah daripada seluruh warga dan mahasiswa serta mahasiswi KUPU SB untuk dikongsi bersama dengan masyarakat khususnya bagi yang memerlukan.

 

Anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar melalui Unit Kerohanian KUPU SB, Majlis Iftar Jama'ie berkenaan merupakan salah satu aktiviti di dalam program Ihya Ramadan 2023 yang antara lain bertujuan untuk menyemai ketakwaan dalam kalangan warga KUPU SB dalam bulan penuh dengan kerahmatan dan mengambil iktibar perkara yang berkebajikan daripada perilaku yang diamalkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam bulan ini supaya dapat diaplikasikan dalam bulan-bulan seterusnya.

 

Objektif acara keagamaan ini pula adalah untuk menyemarakkan aktiviti-aktiviti keagamaan di sepanjang bulan Ramadan dan mengeratkan ikatan silaturahim dalam kalangan warga KUPU SB.

 

Selain itu juga, ia menggalakkan warga KUPU SB untuk menghayati dan mencintai bulan suci Ramadan yang penuh dengan nikmat kerahmatan serta keampunan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07